Jumaat, 24 Jun 2011

Ketamakan Kroni, Menghancur Negara Oleh: Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman


Di ketika manusia di seluruh negara bekerja keras bagi mendapatkan segengam beras untuk makan ahli keluraga dan ketika setengahnya berhempas pulas mencari wang gaji yang tidak seberapa untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan pelbagai hutangan. Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan manusia yang meraih wang dan hidup ditenggelami wang ringgit yang melimpah ruah tanpa jerit perih yang sebenar tetapi hanya menggunakan kedudukan dan 'title' tertentu. Justeru, penulisan yang berlandaskan kajian ini akan cuba memaparkan perkara berikut :

a.        Beberapa Pelaburan anak-anak Perdana Menteri.

b.        Penumpuan terhadap individu terpilih yang dikenali sebagai 'kroni'.

c.        Beberapa bentuk 'hasad dengki kewangan' kerajaan BN terhadap PAS.

d.        Pemonopolian Kekayaan Oleh Kroni

e.      Komentar Antarabangsa dan Tempatan Terhadap Malaysia. 

 

Allah SWT berfirman mafhumnya :
"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." ( An-Nuur: 37 )
Allah SWT memberikan gambaran bahawa kecintaan kepada harta itu mungkin sahaja menyebabkan seseorang itu teralai daripada ingatan akhirat, bukan sekadar itu malah mereka ramai juga yang termasuk dalam kalangan penentang Islam dengan beranggapan bahawa kerana tidak mengambil Islam lalu mereka mampu ke hadapan. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mengira batasan halal dan haram dalam mengumpul kekayaan.
Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga manusia yang menggunakan jalan singkat untuk menjadi kaya iaiatu dengan menggunakan pengaruh pangkat lalu terjadilah istilah nepotisme, kronise, kolusi dan lain-lain. Selama ini, ramai pemimpin UMNO menyangkal tuduhan kronisme dan lain-lain tuduhan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat. Justeru di sini akan cuba dipaparkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat. Berikut adalah jawatan-jawatan anak Dr. Mahathir di dalam syarikat 'Public Listed' :

Jadual 1 : Jawatan anak Perdana Menteri di dalam syarikat Public Listed
Nama Syarikat Jawatan

Mirzan Mahathir

Sunway Building Techologies Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir World Wide Holdings Berhad Pengarah
Mirzan Mahathir Artwright Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Konsortium Logistik Berhad Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Mirzan Mahathir Dataprep Holdings Berhad Pengerusi
        
Mohzani Mahathir THB Industries Berhad Pengerusi
Mohzani Mahathir Tongkah Holdings Berhad Pengerusi Eksekutif / CEO
Mohzani Mahathir Pantai Holdings Berhad Ketua Pegawai Eksekutif
     
 

Mukhriz Mahathir

Ajiya Berhad Pengarah
Mukhriz Mahathir Reliance Pacific Berhad Pengarah
        



Jadual 2 : Anak Perdana dan Jumlah Pelaburan mereka
Name Company Shares Held % % Held Market Value*

Mirzan Bin Mahathir
Sunway Buildings Technologies Berhad 3,917,651 3.100 2,624,826.17
Mirzan Bin Mahathir Artwright Holdings Berhad 2,196,480 11.000 4,436,889.60
Mirzan Bin Mahathir Amsteel Corporations Berhad 369,907,238 29.370 77,680,519.98
Mirzan Bin Mahathir Chocolate Products (M'sia) Bhd 220,555,945 63.300 86,016,818.55
Mirzan Bin Mahathir Lion Corporation Berhad 28,903,000 15.800 36,417,780.00
Mirzan Bin Mahathir Lion Land Berhad 299,529,946 50.480 98,844,882.18
Mirzan Bin Mahathir Angkasa Marketing berhad 25,523,496 58.000 9,443,693.52
Mirzan Bin Mahathir AmalGamated Containers Bhd 24,804,722 33.200 14,882,833.20
Mirzan Bin Mahathir Konsortium Logistics Berhad 78,057,535 43.410 146,748,165.80
Mirzan Bin Mahathir Posim Berhad 170,097,271 83.700 348,699,405.55
              
Mokhzani Bin Mahathir THB Industries Berhad 1,224,269 2.270 2,864,789.46
Mokhzani Bin Mahathir Tongkah Holdings Berhad 47,721,200 28.690 42,471,868.00
Mokhzani Bin Mahathir Pantai Holdings Berhad 42,797,000 66.010 139,518,220.00
              

Mukhriz Bin Mahathir
Reliance Pacific Berhad 5,161,999 5.260 6,813,838.68
Mukhriz Bin Mahathir Ajiya Berhad 2,176,812 8.29 4,919,595.12
              
PAB Nominee (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 3,433,000 5.300 11,191,580.00
              
Phileo Allied Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 800,000 1.230
2,608,000.00 
              
Public Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani bin Mahathir
Tongkah Holdings Berhad 4,950,000 2.980 4,405,500.00
              
RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 1,753,000 2.700 5,714,780.00
              


* Nilai Pada 11 Februari 2001

* * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur
Para pembaca boleh melihat sendiri betapa mewahnya kehidupan anak-anak Perdana Menteri iaitu Mirzan sebanyak RM 825 juta, Mohzani RM 208 Juta dan Mukhriz sebanyak RM 11 juta, itu cuma pelaburan yang menggunakan NAMA MEREKA bagaimana pula pelaburan yang tidak menggunakan nama mereka tetapi menggunakan PENAMA (nominees). Saya kira itu hanyalah jumlah kekayaan mereka yang PALING MINIMUM atau mungkin hanya peratusan kecil dari kekayaan mereka kerana jumlah pemilikan hartanah dan bangunan yang bukan dalam bentuk saham tidak dapat ditentukan kecuali oleh mereka sendiri.


Benar, kita merasa bangga dengan wujudnya korporat melayu seperti mereka tapi bagi rakyat mereka bukan korporat tulen, keluhan Dr. Mahathir selalu kedengaran mengatakan 'adakah kerana mereka menjadi anak saya lalu lalu mereka tidak boleh menjadi kaya, mereka berjaya dengan usaha mereka sendiri'. Tetapi apa yang ingin dipersoalkan adalah kejayaan yang diperolehi daripada usaha sendiri atau melibatkan pengaruh PM. Ini lah salah satu bentuk penyelewengan utama yang dipersoalkan oleh Sdr Ezam Mohd Noor sehingga beliau diheret ke mahkamah atas tuduhan membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan melibatkan kes Rafidah Aziz.
Apa pun, rakyat kini boleh menilai sejauh manakah kekayaan harta kepunyaan anak-anak Perdana Menteri yang menyebabkan beliau begitu risau untuk melepaskan jawatannya. Bagaimana pula segala harta berbentuk hartanah, aset-aset lain serta wang tersimpan. Sudah tentu sejauh langit dengan bumi jika dibandingkan dengan rakyat kebanyakkan. Layakkah mereka dengan hanya sekadar menjadi anak PM lalu kaya sedangkan rakyat teraniaya di dalam masalah kewangan.
Begitu juga halnya dengan individu-individu lain yang dianggap sebagai 'kroni'. Kehidupan mereka sentiasa mewah dan sekiranya ada kegagalan di dalam pernigaan, pasti kerajaan akan membeli saham mereka atau menyuntik wang tidak kiralah dari mana sekalipun sumbernya. Contohnya, kerajaan telah menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli dengan membeli 29 % saham MAS apabila kerajaan membeli semula saham berkenaan pada harga 122% melebihi harga pasaran. Lihat pula secebis kekayaan Tan Sri Halim Saad.

Jadual 4 : Beberapa Pelaburan serta Nilai Pasaran Bagi Tan Sri Halim Saad.
Name Company Shares Held % Held Market Value*

HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Halim bin Saad

RENONG 76,469,765 3.290 83,352,043.85
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd for Halim bin Saad METACOR 2,272,000 2.030 4,316,800.00
Halim bin Saad METACOR 15,209,089 13.610 28,897,269.10
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad RENONG 372,012,351 16.010 405,493,462.59
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad UEM 309,798,506 37.930 1,146,254,472.20
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad CREST 29,222,203 38.560 54,937,741.64
Tan Sri Halim Saad TIME 349,112,731 46.770 795,977,026.68
Tan Sri Halim Saad PHARMA 15,490,233 30.980 130,117,957.20
Tan Sri Halim Saad HPI 2,181,000 6.220 2,399,100.00
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad PARKMAY 22,526,250 50.000 15,768,375.00
Tan Sri Halim Saad FABER 194,484,537 60.020 73,904,124.06
              


* Nilai Pada 11 Februari 2001 * * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur

Inilah salah seorg drpd beberapa kerat 'Billionaire' Melayu yang merupakan 10 orang melayu terkaya di Malaysia di kalangan individu seperti Tun Daim Zainuddin serta kroni, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Vincent, Ting Pek Khing, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan lain-lain.

KEDENGKIAN DAN HASAD BN TERHADAP PAS
Apa yang terlebih dikesali adalah kedengkian yang meluap-luap dalam diri pimpinan UMNO/BN terhadap PAS, khasnya kerajaan PAS Kelantan. Walaupun kehidupan mereka tidak lekang dengan limpahan wang tetapi perasaan dengki begitu membara. Ini boleh dilihat dalam beberapa kes berikut :

1.      'Petition Grant' Bagi Negeri Kelantan

Pemberian peruntukan wajib Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan sengaja dilewatkan daripada tempoh masa sebenarnya. Ini jelas mempamerkan sikap dengki kerajaan BN yang tidak mahu pembanguan berjalan lancar di Kelantan. Waktu yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

Jadual 5 : Masa Kelewatan Pemberian Gran Untuk Penduduk Kepada Kelantan


Jenis Gran Bilangan Penduduk sepatutnya dibayar

2 kali setahun Jan/Feb dan Julai/Ogos
1994 4 bayaran : 1 kali Sept dan 3 kali Disember
1995 2 bayaran : Okt dan November
1996 2 bayaran : Julai dan Disember
1997 2 bayaran : Sept dan Jan '98
1998 2 bayaran : Ogos dan Disember
1999 2 bayaran : Ogos dan Jan '00
2000 2 bayaran : Sept dan Disember
Bagi tahun 2000 Jumlah pemberian Pusat sepatutnya adalah RM 117,528,894.67 tetapi sehingga Oktober 2000 hanya RM 42,045,101.17 sahaja yang telah diserahkan kepada Kelantan bakinya sebanyak RM RM75,483,793.50 hanya dilangsaikan pada 31 Disember 2000. 

2.      Royalti Minyak Negeri Terengganu

Petronas mendapat keuntungan berlipat ganda apabila harga 1 barrel Petroleum naik kepada USD38 per barrel (RM 144.40) berbanding hanya USD 12 perbarrel ( RM45.60 ) pada tahun 1999. Menurut sumber Petronas, dalam sehari Petronas mengeluarkan sebanyak purata 650,000 barrel. Ini bermakna jumlah tersebut mampu menghasilkan RM93,860,000 sehari sebelum ditolak kos modal. Ini menyebabkan keuntungan Petronas melambung dan begitu juga lah royalti kepada negeri Terengganu yang bernilai 5 % dari hasil Petroleum tersebut.
Seperti diketahui ramai rompakan wang rayalti berjumlah 800 juta setahun di jadikan 'ihsan' secara zalim oleh Kerajaan Pusat dengan membelakangi perjanjian yang termeteri di antara Kerajaan Terengganu dan Petronas pada tahun 74 dan 1975.

3.      Projek Pendaratan Gas Thailand-Malaysia (Petronas)

Petronas dikawal oleh PM dan Menteri Kewangan terpaksa akur dengan sifat hasad keduanya itu. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam satu Projek Petronas di Thailand di bawah kawasan JDA (Joint Development Authority ).
Mereka bersetuju untuk menaikkan gas ini dari telaga Cakerawala di dalam kaw pertindihan Siam dan Malaysia terus ke Songkhla dengan disalurkan melalui 'onshore pipeline' ke Changlun di Kedah. Harga bagi 1 km pipe 'onshore' adalah RM 9.5 juta dan 'pipe line offshore' adalah RM 5.7 juta per km.
Kesimpulan seperti berikut (melalui Kedah)
Telaga Cakerawala ---(245km)---- Songkhla ----(125km)---- Changlun
. RM1.396Billion* . RM1.187Billion* .
* anggaran
Jumlah tersebut perlu pula dicampurkan dengan RM 1.2 Biliion sebagai 'throughout fee' (tol) kepada kerajaan Tempatan Songkhla sehingga tahun 2007 kerana membenarkan daratan mereka diguna.
Sekiranya tiada perasaan dengki, mereka boleh saja menyalurkan terus ke Kelantan dari Thailand. Ianya seperti berikut :
Jika disalurkan melalui Kelantan
Telaga Cakerawala ----(140km)---- Kota Bharu
. RM798 juta* .

* anggaran
Bezakan RM 798 juta jika dibuat di Kelantan dengan RM 2.613 billion apabila dibuat di Kedah. Itulah jumlah nilai akibat hasad dengki yang merugikan negara. Perkara ini telah disebut oleh YB Hj Husam Musa di Parlimen pada sidang Oktober 2000 yang lalu.

4.      Masalah air di Kelantan

Ini merupakan satu lagi hasad mereka kepada PAS. Melalui persetujuan lisan dengan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Kerajaan Pusat bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak 600 juta pada tahun 97 bagi membantu permaslaahn air di Kelantan. Akhbar harian menghebahkan isu ini dengan harapan ianya memberikan 'political milage' kepada BN. Malangnya sehingga 2001 masih tiada apa-apa yang diberikan.

5.      Peruntukan Pembangunan (diberi melalui pejabat daerah) kepada ahli-ahli Parlimen dan ADUN BA.

Sebagaimana dimaklumi bahawa BA mendapat undi sekitar 2.5 juta berbanding BN sekitar 3.2 juta undi diseluruh Semenanjung. Bezanya menurut satu kajian hanyalah 623,000 undi sahaja. Walaupun BA disokong oleh 2.5 juta pengundi malangnya BN sekali lagi tidak menghormati rakyat apabila segala wang yang sepatutnya diperuntukan kepada MPs dan ADUN tidak diberikan iaitu RM 500,000 bagi MPs dan berbeza-beza menurut kerajaan negeri. Kerajaan Terenggnau yang ,mengamalkan sikap Islam memeberikan sebanyak RM 100,000 kepada semua ADUN dan MPs negerinya tanpa mengira parti.
Yang dikesali, rakyat sengaja dihukum kerana tidak mengundi BN. Justeru bagi 'mengajar' rakyat lalu ADUN dan MPs undian mereka mengalami kesempitan wang bagi membantu kebajikan penduduk tempatan. Harapan mereka agar pengundi akan beralih arah tetapi kita yakin bahawa para penyokong BA tidaklah rapuh pendiriannya.
Semakin malang apabila wang-wang peruntukan tersebut diberikan kepada UMNO Bahagian sebagaimana yang diberitahu oleh YB Dato' Presiden PAS. Perkara ini berlaku di banyak tempat terutamanya Kedah dan Kelantan. 

PEMONOPOLIAN KEKAYAAN NEGARA OLEH BEBERAPA KERAT INDIVIDU DAN SYARIKAT.
Tidak cukup mendera rakyat dan begitu hasad, mereka tidak putus-putus mengagih-agihkan projek dan kontrak sesama mereka tanpa mengira kesukaran rakyat. Sebagai contoh:

1.       Penswastaan Perkhidmatan Hospital (Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Deligent Network merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B, Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan banyak lagi)

2.       Konsortium Perkapalan Berhad sekarang Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion.

3.      Ranhill Berhad (sebuah syarikat yang khabarnya mempunyai pertalian dengan Tun Daim melalui salah seorang Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut). Mereka telah memperolehi projek besar seperti berikut:

1.       M&E design for KLIA,

2.       KLCC- structural design,

3.       PLUS design works,

4.       TNB 500 KV Tarnsmission project,

5.       Johor Second Crossing Township, (Largest comprehensive Township in M'sia )

6.       Selangor Privitized Water supply system, (Largest in Malaysia)

7.       Petronas Carigali design on Central Processing Platform - Largest Gas Processing and Compression Platform in M'sia

8.      First turnkey (EPC) project - Sri Gading Water Treatment Plant, Johor.

4.      United Engineers Malaysia Bhd yang diterajui oleh kroni Tan Sri Halim Saad mengaut keuntungan melalui anak-anak syarikatnya dan kontrak berikut:

1.       PLUS dan ELITE merupakan anak syarikatnya)

2.       North - South Expressway

3.       Malaysia-Singapore Second Crossing

4.       North-South Expressway Central Link

5.       Kuala Lumpur International Airport

6.       National Sports Complex

7.      Putra LRT System 2.

 

Syarikatnya mencatatkan keuntungan besar hasil daripada pemonopolian projek besar kerajaan iaitu mencatat keuntungan bersih (net profit) seperti berikut :
Jadual 6 : Keuntungan Syarikat Kroni United Engineers Malaysia Bhd dan Renong Berhad
United Engineers Malaysia Berhad
Perkara Dis 96 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 3,405,575,000 4,295,148,000 3,157,092,000 3,239,189,000
Net Profit 513,214,000 282,313,000 181,817,000 710,950,000


Renong Berhad
Perkara Jun 97 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 1,096,343,000 914,878,000 757,108,000 499,805,000
Net Profit 536,367,000 -781,518,000 1,410,537,000 249,239,000
Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur dan Annual Report Syarikat Berkenaan
Selain itu, dalam keghairahan mereka mengaut keuntungan melalui projek-projek yang diswastakan, terdapat pula penswastaan yang menemui jalan buntu dan kegagalan seperti: 

a. Swasta Pengangkutan seperti:

1.       LRT yang kemudian dibeli balik oleh kerajaan dengan RM 6 Billion.

2.       Mtrans (soft loans dr k'jaan sbyk RM 1.7 bagi projek monorail)

3.      MAS gagal (k'jaan beli RM 8.00 pershare saham Tan Sri Tajuddin Ramli iaitu 29% sedangkan harga pasaran saham tersebut adalah pada kadar RM 3.68 per share)

b. Penswastaan Air (Indah Water Konsortium dibeli balik pada Mac dengan harga RM 192.5 juta )
Tidak cukup itu, Penswastaan di dalam bidang Pendidikan juga telah menaikkan yuran-uran pengajian melambung naik. Dalam keadaan tersebut Pinjaman Pelajar daripada Tabung PTPTN pula dikenakan 4 % dari jumlah pinjaman mereka sebagai contoh pinjaman berjumlah RM 19,500 tetapi kena bayar balik sebanyak RM 27,000.00. Ini bermakna pelajar perlu menambah RM 7,000. Bukankah ini membebankan para pelajar!. 

KOMENTAR PENGANALISA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN TERHADAP MALAYSIA

1.      Independent Strategy London

'Malaysia has the potential to set itself aside from the south-east Asian morass. But it won't until it embraces the drivers of the new economy. That means establishing the rule of law, hand off government and transparency of policy and corporate governance. Right now Malaysia is closer to Jakarta on these issues than To superlative little Singapore. THAT MAKES MALAYSIAN FINANCIAL ASSETS TOO DAMN RISKY FOR US TO RECOMMEND TO ANYBODY '
'and Malaysia won't be 'tiger' again either until new political paradigm takes over. THAT'S WHY WE DON'T WANT TO BE INVENSTED THERE UNTIL THEN'

2.      The Economist Intelligence Unit Ltd.

'Malaysia's political crisis is deepening .. The central problems remains the resistance of the veterans PM '

3.      Franki Chin (Fund manager di TALCAF Global Asset Management)

'We Would like to see (genuine) improvements to corporate governance, tranparency, political stablity and increasing trends of returns on equity '

4.      Scott Lim (Fund manager di CMS Dresdner)

'The recent initial public offer of telecom firm Time dotCom was 75% undersubscribed and this exemplified the skepticism of local investors, as Time dotCom is closely associated with politically-linked conglomerate Renong and United Engineers Malaysia which have been under fire from analysts for their lack of corporate governance.'

5.      Foreign Analyst at Major U.S Investment Bank

'From my disscussion with the fund managers, I gauge that they are mainly waiting for the old man ( Pirme Ministers Mahathir Mohammad) to go '

6.      Phua Lee Kerk (Fund Manager di APS Asset Management )

'A change in leadership might be some thing positive , it might lead to a change in policy '
Para penganalisa juga mencatatkan bahawa pasaran saham Filipina pulih sebanyak 20-30 % apabila Presiden Joseph Estrada 'stepped down' dan mereka membuat andaian yang sama bagi Malaysia. 

Hasil daripada ketidakpercayaan tersebut lalu kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana aliran keluar Dana Asing dari Malaysia begitu ketara umpamanya hampir RM 17 B pada Okt 2000 berbanding hanya RM 160 M pd tahun 1999. Menurt laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Dana asing dicatatakan telah keluar seperti berikut:

11 Oktober 2000 - RM 4.3 B  25 Oktober 2000 - RM 4.74 B  1 November 2000 - RM 5.115 B

Berdasarkan kepada 'figures' terbaru yang diperolehi darpada Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN), Malaysian Industrial Development Authority telah meluluskan (approved) hanya RM 16.9 billion pelaburan pada tahun 1999 iaitu turun RM 10 Billion berbanding tahun 1998. Manakala permohonan pelaburan (investment applications) pula turun 26 % kepada hanya RM14 Billion (1999) daripada RM18 Billion tahun 1998. Ini bermakna minat pelaburan asing dan tempatan semakin kurang terhadap Malaysia.
Selain itu, saham Time Dot Com anak syarikat kepada Time Engineering Berhad yang juga mempunyai kaitan rapat dengan UEM dan Renong diperanjatkan apabila saham mereka tidak laku di pasaran apabila hanya 25 % subcribe yang diperolehi kurang 75 %. Ini membuktikan sememangnya para pelabur sudah muak dengan syarikat kroni-kroni-kroni ini.
Sekian,....


 

 

 








 





Rabu, 22 Jun 2011

Bilakah Para Pemimpin Sedar Bahwa Tugas Mereka Adalah Berkhidmat Untuk Umat?

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan para pengikutnya,
Bahawa pemimpin di dalam Islam memiliki kedudukan yang tinggi bagi melaksanakan misi yang sangat besar dalam melayani bangsa dan rakyatnya, Nabi saw bersabda:
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Seorang pemimpin adalah benteng, ikut berperang di belakang dan memberikan perlindungan dengannya”. (Muttafaqun alaih)Hal ini dengan syarat pemimpin mestilah mempraktikkan keadilan di tengah bangsanya, menunaikan tanggungjawab dan amanahnya. Nabi saw bersabda:
إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ
“Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat nanti dan paling dekat majlisnya denganku adalah pemimpin yang adil. Orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh majlisnya denganku adalah pemimpin yang zalim”. (Riwayat At-Tirmidzi).
  • Apakah para penguasa dan pemimpin negara memerlukan seruan yang mengingatkan mereka tentang apa yang Islam telah perintahkan kepada mereka dalam melakukan persediaan untuk umat, menghentikan serangan musuh yang bertubi-tubi ke atas Islam dan tidak pernah berhenti?
  • Apakah para pemimpin bangsa memerlukan peringatan bahawa negara-negara Islam kita ketika ini berada di dalam penjajahan dan penguasaan yang terletak di bawah agenda sia-sia dan terkutuk Amerika dan Zionis dan usaha merendahkan kita dengan berbagai macam cara?
  • Apakah para pemimpin umat ini memerlukan orang yang sedia membantu menyedarkan mereka bahawa memberikan pertolongan kepada Masjid Al-Aqsa dan melindungi tempat-tempat suci Islam adalah satu kewajiban ke atas mereka sebelum habis waktunya?
Seorang pemimpin yang adil Umar bin Al-Khattab pernah mengutus surat kepada para pemimpin umat sambil mengingatkan:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ أَسْعَدَ الْوُلاَةِ مَنْ سَعِدَتْ بِهِ رَعَيِتَّهُ، وَإِنَّ أَشْقَى الْوُلاَةِ مَنْ شَقِيَتْ بِهِ رَعِيَّتَهُ
“Selanjutnya, bahawa sebaik-baik pemimpin atau orang yang paling bahagia adalah mereka yang mahu membahagiakan rakyatnya, dan orang yang paling sengsara atau pemimpin yang paling celaka adalah pemimpin yang menyengsarakan rakyatnya”
Dengan neraca ini dapat dikiaskan tanggungjawab pemimpin, diseimbangkan dan dipenuhi dengan baik tuntutan rakyatnya dan difahami kehendak seluruh umat. Justeru, ketika ini seluruh bangsa dan umat menyedari bahawa kebaculan pemimpin adalah masalah kronik dan menjadi penyakit kritikal selepas menyaksikan bahana yang terjadi akibat pemimpin yang hanya mengadakan berbagai persidangan, muktamar dan seminar yang hanya mampu menyuarakan kutukan dan kecaman kepada musuh.
Inilah yang membuatkan musuh umat tidak bimbang hukuman di atas jenayah yang mereka lakukan, tidak peduli dengan sesiapa sehingga membuatkan rakyat merasa bosan dan kecewa dengan sikap mengalah yang terus dipamerkan oleh para pemimpin Islam dalam menghadapi pencerobohan, pendudukan atau pengepungan regim Zionis atau percubaan menghentikan keganasan dan kekejaman para penjajah terhadap tempat-tempat suci umat Islam

  • Sampai bilakah para pemimpin sedar untuk segera melaksanakan tugas dan peranan mereka?
  • Sampai bilakah mereka mahu menyedari bahawa tindakan yang dituntut dan sangat diperlukan daripada mereka adalah: menjalin solidariti dan kesatuan, meninggalkan pergolakan dan perpecahan yang mencerai-beraikan kesepakatan mereka, sedangkan seruan Allah sangatlah jelas dalam FirmanNya:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara”. (Ali-Imran: 103).
Sesungguhnya pemimpin Islam yang mengetuai 1.5 billion jiwa sebenarnya berupaya menghadapi hanya beberapa juta warga Yahudi yang telah mengotori tempat-tempat suci kita. Begitu juga sebenarnya mereka mampu mencapai kemenangan yang diidamkan khasnya kerana di tangan mereka memiliki sumber kekayaan yang tersimpan di negara kita dan sebenarnya mereka yang mengendali kemudinya.
Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang tidak dipedulikan”, sebenarnya mampu untuk terus berdiri dan teguh dalam kebenaran, cekal melawan penjajahan dan menolak pencabulan. Mereka mampu mempamerkan tentangan sengit untuk menghentikan pencerobohan Zionis dan menjadi pelindung bagi rakyat mereka.
Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang Allah telah tetapkan kemuliaan” sebenarnya mampu menyelamatkan para tahanan wanita Islam di penjara Zionis, di mana mereka menjerit dan menangis memohon pertolongan dan menyeru pemimpin supaya menamatkan sebarang penghinaan dan kecelaan.

Wahai para pemimpin umat ini ..
Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada Hasan al-Basri yang menjelaskan perwatakan pemimpin yang adil sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah, beliau berkata:
“Allah telah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penegak keadilan setiapkali berlaku penyimpangan, penunjuk setiap kali berlaku pencabulan, pembaikpulih setiap kali berlaku kerosakan, penguat bagi yang lemah, pembela kepada orang yang tertindas, pemberi keamanan bagi siapa yang memerlukan. Dia adalah penegak kebenaran di hadapan Allah dan hamba-hamba-Nya, mendengar Firman Allah dan Allah sentiasa mendengar rintihan mereka, mereka melihat Allah dan Allah akan sentiasa melihat mereka, mereka memimpin umat kepada Allah dan Allah akan sentiasa memimpin mereka. Dialah yang mengadili umat tanpa menghukum dengan undang-undang jahiliyah dan tidak mengikuti jalan orang-orang yang zalim serta tidak bertindak seperti penguasa angkuh yang menindas golongan yang lemah (tertindas)” (Al-Aqdul Farid)
Wahai para pemimpin umat Islam ..
- Islam yang kamu anuti, telah mengingatkan bahawa keadaan umat akan berjalan lurus dan betul hanya melalui jalan jihad. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ
“Hai orang-orang yang beriman, Apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?”. (At-Taubah:38)
Justeru kebangkitan, ketinggian dan kemuliaan kita bergantung kepada keteguhan jalan jihad. Tujuan mulia ini tidak akan tercapai melainkan dengan jalan perjuangan dan pertempuran yang disokong dengan seluruh apa yang kita miliki seperti harta benda, senjata, media, jiwa dan barang berharga lainnya.

Ketahuilah bahawa rakyat sentiasa memperhatikan kebaikan kamu dan tindak tanduk kamu. Oleh itu itu janganlah kamu kecewakan harapan mereka. Kamu sebenarnya berada di kedudukan yang teragung dalam melakukan jualbeli dengan Allah.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. (As-Shaff:10-11)
- Lihatlah kepada pemimpin umat Islam yang telah melakarkan sejarah kegemilangan. Mereka telah menolak penghinaan dan kecelaan, seperti yang dilakukan oleh panglima tentera Salahuddin Al-Ayubi setelah tentara Salib melakukan kerosakan dan pembunuhan ke atas umat Islam selama 90 tahun lamanya, dan mereka yang telah mengusir pasukan Tartar yang dipimpin oleh Saifuddin Qutz, setelah empat tahun lamanya mereka melakukan kehancuran terhadap bumi umat Islam.
- Dalam sejarah kita baru-baru ini, telah wujud tanda kekuasaan Allah apabila kemenangan berlaku pada tarikh 10 Ramadhan, sebagai bukti bahawa kemenangan pasti akan tercapai jika kita mahu melakukan berbagai usaha sebagai penyebab datangnya kemenangan tersebut, dan hal itu tersedia dalam tubuh umat kita. Mengapa kita merasa rendah diri dan mengalah? Kenapa kita menerima langkah ke belakang, di hadapan musuh yang memang terbukti selalu lari kerana takut kepada keteguhan orang-orang yang beriman, Allah berfirman:

لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ
“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam Keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (Al-Hasyr:14)
Tugas dan Kewajiban kamu wahai pemimpin umat hari ini…
  • Menghentikan perundingan yang sia-sia baik secara langsung atau tidak langsung dan menyokong semua bentuk perjuangan untuk membebaskan setiap inci dari bumi yang dicerobohi oleh musuh baik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia Islam.
  • Sumber rujukan kamu seperti yang disepakati oleh para ulama adalah Al-Qur’an dan Sunnah, dan bukan Resolusi PBB atau arahan Zionis dan Amerika. Justeru untuk mencapai tujuan ini adalah dengan mengumumkan bahawa isu Palestin dan isu-isu pencerobohan ke atas negara-negara Islam adalah isu utama bagi kamu.
  • Menyokong rakyat dan warga kamu yang merdeka melalui organisasi dan pertubuhannya yang menuntut berkali-kali agar: memboikot, menghentikan hubungan dengan musuh, menyokong perjuangan dan para pejuangnya, dan memberikan kebenaran kepada warganya yang mahu menyelamatkan dan membela Al-Aqsa, prihatin dengan tempat-tempat suci ini, tidak melakukan penangkapan dengan alasan mereka membela Al-Aqsa, dan segera membebaskan pihak yang menyuarakan kemarahan mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan profesioanl, mahasiswa, buruh, dan orang-orang biasa yang ditangkap baru-baru ini, atau yang akan datang seperti ungkapan salah seorang pemimpin Arab:
جيوشنا مجهزة لقمع شعوبنا
“Pasukan kami siap untuk menindas bangsa kami”,
 
  • Renungkanlah apa yang ditulis oleh Khalifah Ali bin Abi Talib, kepada penguasa Mesir:
“Jadikanlah khazanah yang paling anda sayangi adalah amal salih, dan saya merasa hati anda penuh kasih terhadap rakyat dan melimpahkan kebaikan kepada mereka, janganlah kamu seperti binatang buas yang memakan dengan lahap mangsanya.”
  • Membatalkan semua perjanjian damai. Ini kerana serangan Zionis sering berulang dan berulang dan kekejaman mereka terhadap Al-Quds sentiasa berterusan. Menghentikan pelbagai perjanjian lampau kerana mereka terus melakukan pencabulan terhadap kedaulatan negara dan bangsa kita, terutama perjanjian ” Camp David,” yang disifatkan oleh Menteri Luar Negeri Mesir pada waktu itu: “sebagai penyembelihan terancang”, lantas beliau meletakkan jawatannya sebagai tanda protes. Pengamal undang-undang menyifatkan Perjanjian “ Camp David ” yang ditandatangani pada 26 Mac 1979 merupakan pelanggaran terhadap Perlembagaan Mesir dan pelanggaran terhadap resolusi PBB.
Oleh kerana itu, para pegawai kerajaan Mesir tidak wajar melaksanakan kandungan perjanjian itu. Tambahan pula menurut pendedahan perwakilan Mesir bahwa persetujuan tersebut bertentangan dengan persetujuan “Vienna” yang berkaitan dengan perjanjian antarabangsa pada perkara 35 yang menegaskan: “Setiap perjanjian akan terbatal jika terdapat pelanggaran norma-norma hukum antarabangsa. Perjanjian Camp David telah melanggar semua dokumen dan fakta prinsip-prinsip hukum dan norma-normanya”.
Di samping itu setengah penganalisis politik berpandangan: “Fakta bahawa persetujuan ini tidak menyebut tempoh waktu secara tepat juga bertentangan dengan prinsip hukum dan norma, kerana setiap persetujuan mesti ada tempoh semakan atau tempoh tamat dengan sendirinya setelah perjanjian itu berjalan selama 30 tahun”.

Wahai pemimpin bangsa dan umat Islam…
  • Bagaimanakah kamu menilai bangsa dan wilayahnya yang sedang diceroboh?
  • Bagaimana kamu membenarkan tindakan musuh, sedangkan mereka mengotori tempat-tempat suci kamu?
  • Apakah ada perubahan pada Netanyahu ketika mengumumkan dengan penuh keangkuhan Masjid Ibrahimi sebagai sebahagian warisan Yahudi, bekerja keras untuk menghancurkan Al-Aqsa dan menodai Tanah Suci dengan membina kuil yang didakwa telah musnah satu ketika dahulu – yang merupakan puncak pembangunan lebih daripada 61 rumah ibadat Yahudi yang lain – , menghalang orang-orang Islam yang ingin menunaikan solat dari memasuki masjid Al-Aqsa dan membunuhi rakyat Palestin dengan peluru hidup? Baru-baru ini beliau menyatakan: “bahwa pembangunan di Al-Quds sama seperti pembangunan di Tel Aviv, kerana Al-Quds adalah ibunegara Israel.”
  • Adakah perubahan pada Obama ketika meluahkan kata-kata manisnya – di ibunegeri kita – untuk mengirim lebih ramai tentara AS di Afghanistan. Bahkan semasa kunjungan yang terakhir beliau merestui untuk mengekalkan pencerobohan, memberikan bantuan berbentuk kebendaan dan moral kepada Yahudi dan secara terang-terangan menyokong dan membantu aktiviti penindasan dan kerosakan di dunia Arab dan dunia Islam?
Akhirnya ..
Ini adalah peringatan dan doa daripada Rasulullah saw kepada setiap pemimpin yang mengenepikan prinsip keadilan dan kebenaran, gemar memilih kezaliman dan penindasan terhadap rakyatnya yang kami lihat melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya, bersikap keras terhadap orang-orang beriman dan para mujahidin sedangkan mereka berlembut dengan para musuh Zionis dan mata-mata mereka.
Doa Nabi saw adalah:
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهِمْ فَشُقَّ عَلَيْهِ
“Ya Allah, barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu lembut dan berkasih sayang maka berilah kasih sayang kepadanya, dan barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu melakukan perpecahan maka pecahkanlah atasnya” (Musnad Ahmad) doa ini pasti dimakbulkan Allah. Insya Allah.

- Mengapa kamu mesti bacul bila berhadapan pencabulan Zionis dan kekuasaan AS dengan dalih kepentingan?
- Mengapa terjadi persengketaan antara kamu dengan bangsa dan rakyat kamu serta kepentingan negara kamu yang mengancam keamanan negara dan melenyapkan kedaulatan kita?
- Mengapa kamu tidak melindungi pasukan pejuang semasa berhadapan musuh penceroboh, padahal mereka sedikitpun tidak menentang kamu atau menentang pemerintahan kamu?
- Mengapa kamu tidak bersatu untuk melawan musuh Zionis dan mengumumkan dengan kekuatan yang kamu miliki: Tidak ada jalan untuk menyerah atas nama rundingan?
- Mengapa kamu tidak memberikan dorongan kepada rakyat dan bangsa kamu serta badan bantuan sosial – untuk menolong pasukan pejuang – dalam mengiatkan dan meneruskan misinya?
Ya Allah aku telah menyampaikannya, ya Allah saksikanlah.
Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=62755&SecID=213.