Jumaat, 24 Jun 2011

Hubungan Kerajaan Dengan Industri Judi dan Arak.

  
Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara kita semakin hari semakin diminati oleh rakyat Malaysia dalam sedar atau tidak. Jumlah keuntungan syarikat-syarikat tersebut yang meningkat dari tahun ke tahun dengan jumlah ratusan juta ringgit menyebabkan para pelabur Islam mahupun bukan Islam samada dari dalam dan luar negeri cukup berminat untuk meletakkan pelaburan mereka. Mungkin kita tidak hairan dengan pelaburan dari agensi, individu atau syarikat bukan Islam tetapi yang menjadi persoalan serius adalah penglibatan individu yang bernama muslim dalam 'industri dosa' ini.  
Nabi SAW telah bersabda dengan cukup jelas menyatakan
" Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janglah kamu lalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara maka janganlah kamu mencerobohinya…" ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila Lihat Saryh al-alba'in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq oleh Abd Aziz Izzuddin as-Sairawan.  
Malang seribu kali malang apabila sebuah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN turut ingin menumpang dalam mengaut keuntungan dosa tersebut. Kerajaan Malaysia tanpa segan silu turut serta dalam perlumbaan keuntungan dosa dengan menggunakan wang amanah rakyat. 

Penulisan ini akan menyentuh beberapa kajian terhadap sejauh manakah pengelibatan kerajaan dalam 'industri dosa' ini. Penulisan ini berkisar berkenaan:
1. Nama-nama syarikat besar yang terlibat dalam judi dan arak di Malaysia
2. Pelaburan wang amanah ke dalam syarikat judi.
3. Individu muslim yang mengetuai syarikat judi dan arak.
4. Jumlah hasil kasar kerajaan dari hasil perjudian dan arak.
5. Beberapa dalil Naqli berkenaan pengharaman dan penglibatan  
Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi adalah seperti berikut:

 

Bil Nama Syarikat   Tahun   Turnover (RM juta)  Net Profit    Jenis Perniagaan

1. Genting Berhad  1999     3,077,400,000  1,101,100,000   Kasino
   1998  3,369,800,000  414,300,000   Perjudian
   1997   3,822,000,000  771,300,000  
2. Resort World Berhad 1999   2,178,500,000  645,800,000  Pusat Hiburan dan Perjudian
   1998   2,514,900,000  149,000,000
   1997   3,038,700,000  867,300,000  
3. Magnum Corporation  1999   2,917,720,000  519,304,000  Empat Nombor Ekor Loteri
   1998   2,958,231,000 -442,082,000  
4. Metroplex Bhd   1999   456,789,000  -88,980,000  Subic Bay Casino Perjudian
atas kapal   
5. Leisure Management Bhd  1998  794,126,000 1,952,683,000
1999  64,739,000  78,958,000 Empat Nombor Ekor Lumba kuda
6. Berjaya Sports Toto Bhd 1998   2,106,039,000   17,599,000  Nombor Ramalan
2000   2,339,894,000   254,474,000  Empat Nombor ekor
   1999  2,195,411,000   442,127,000  Nombor Ramalan  
7. Guiness Anchor Berhad  1999   1,042,440,000   143,135,000  Minuman keras
   1997   733,385,000   105,855,000  
8. Tanjong Public Limited Co   1999   1,892,953,000   185,517,000  Nombor Ramalan Lumba Kuda
    1998   1,667,327,000   359,329,000  
9. Carlsberg Brewery Bhd   1999   842,330,000   137,935,000  Arak
    1998   777,679,000   114,454,000  
Para pembaca boleh menilai akan tahap kekuatan syarikat-syarikat judi dan arak ini. Sebagai suatu perbandingan mudah. Cuba kita menilai prestasi syarikat gergasi negara selain Petronas seperti Telekom, Malayan Banking (Maybank) serta Tenaga Nasional Bhd.   

Bil  Nama    Tahun   Turnover   Net Profit

1. Maybank Berhad   1999   969,866,000
2. Telekom Malaysia Berhad   1999   7,833,000,000   819,000,000
3. Tenaga Nasional Bhd   1999   12,108,000,000   773,500,000
    1998   11,439,400,000   -3,093,900,000  
Perbandingan syarikat kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan dari segi kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sedangkan TNB menguruskan perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai 22,712,000 juta orang. Manakala Telekom merupakan syarikat telekomunikasi negera negara yang terbesar. Judi dan arak hanyalah 'permainan' sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera, tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999 dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819 juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta.  
Pada tahun kewangan 1997 ketika negara menghadapi krisis Ekonomi, syarikat-syarikat judi masih lagi mempunyai tahap kewangan serta keuntungan yang teguh dengan jumlah keuntungan sebanyak RM 771 juta. Ini bermakna kecenderungan rakyat yang berjudi begitu tinggi menyebabkan ketika meraka berada di dalam kesukaran wang sekalipun, mereka sanggup bertaruh nasib keluarga demi mendapatkan wang segera daripada perjudian yang ditawarkan. 
Justeru, keuntungan dan keaktifan syarikat-syarikat judi terus menjadi sasaran pelabur untuk mengaut keuntungan. Salah satu pelabur tersebut adalah pihak Kerajaan Malaysia. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE - RIIAM Information System), Badan yang mewakili kerjaan Malaysia dicatatkan dalam pelbagai bentuk walaupun pada hakikatnya ia hanyalah berlainan bahasa. Ianya seperti berikut:  
1. Employees Provident Fund Board ( EPF )
2. Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
3. Tabung Lembaga Angkatan Tentera Malaysia
4. Menteri Kewangan Malaysia
5. Kementerian Kewangan Malaysia
6. Minister of Finance
7. Amanah Raya Berhad
8. Permodalan Nasional Berhad
9. Bank Negara Malaysia  
Pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adakalanya 'direct' kepada syarikat judi tersbeut dan adakalanya 'indirect' iaitu dengan melabur dalam sebuah syarikat lain dan syarikat tersebut pula menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat judi.  
Pelaburan kerajaan secara langsung dalam industri dosa ini adalah seperti berikut :   

Bil Nama Pemegang Saham     Jumlah Saham   Nama Syarikat Yang di labur  

1. Employees Provident Fund Board    7,894,800   Genting Berhad -
2. Lembaga Tabung Angkatan Tentera   45,162,668   Resorts World Bhd -
3. Employees Provident Fund Board    5,568,000   Resorts World Bhd -
4. Amanah Raya Sdn Bhd     8,828,400   Metroplex Berhad -
5. Kerajaan Malaysia*      327,000   Metroplex
6. Kerajaan Malaysia*      20,000   Berjaya Group Bhd
7. Kerajaan Malaysia*    Golden Shares   Sport Toto Malaysia  
* Dicatat dalam Akaun Awam Persekutuan 1999.  
Berikut pula disenaraikan penglibatan kerajaan dalam saham-saham terlibat judi secara tidak langsung ataupun perantaraan.

Bil Nama Pemegang Saham Jumlah Saham Nama Syarikat Catatan Kaitan Tidak Langsung
Antara Kerajaan dan  
1. Menteri Kewangan M’sia 3,958,205   Kamunting Corp Bhd   Syrikat Perjudian Kamunting
merupakan pelabur utama Magnum Corp Bhd.         Sebanyak 457,630,296 unit saham.  
2. Menteri Kewangan M’sia 972,492   Malaysian Plantations Bhd   Malaysian Plantations Bhd merupakan          pelabur kedua besar dalam Leisure          Mgnt Bhd sebanyak 65,154,999 unit saham.  
3. Amanah Raya Bhd Arab
Malaysian First Fund
   2,286,000   Malaysian Plantations Bhd   Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur
kedua besar dalam Leisure Management Bhd. sebanyak 65,154,999 unit saham.

 
4. Employees Provident Fund Board 1,453,000 Malaysian Plantations Bhd Malaysian Plantations Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd.

 
5. Minister of Finance Government 8,505,280 Multi Purpose Holdings Bhd a. Multi Purpose Holdings Bhd merupakan pelabur ketiga besar dalam Leisure Management Bhd. Sebanyak 65,154,000 unit saham 457,630,258 unit saham.
b. Ketiga Terbesar dalam Magnum Corp Bhd.

6. Bank Negara Malaysia 170,000,000 Golden Hope Limited Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd.

 
7. Permodalan Nasional Berhad 162,052,783 Golden Hope Limited Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

 
8. Employees Provident Fund Board 18,579,667 Golden Hope Limited Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

 
9. Minister of Finance 7,409,222 Golden Hope Limited Golden Hope melabur sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd

 
10. Permodalan Nasional Berhad 76,555,492 Hap Seng Consolidated Bhd Hap Seng pelabur kedua terbesar dalam Calrsberg Bhd sebanyak 39,326,250 unit saham.  
Begitulah serba sedikit data mengenai penglibatan hasil haram. Apa yang lebih malang adalah Kerajaan Malaysia langsung tidak mengendahkan kesan negatif yang lahir daripada industri judi dan arak ini. Menurut kajian sebuah badan bebas Amerika Syarikat iaitu National Gambling Impact Study Commision mereka mendapati kesan negatif sosial terlalu banyak akibat judi. Antara yang dinyatakan adalah seperti berikut : 
a. Perkaitan judi dengan penagihan dadah.
b. Pertambahan penceraian. Iaitu 5 kali ganda daripada masyarakat biasa.
c. Pertambahan potensi dalam perlakuan jenayah.
d. Pertambahan peribadi hutang yang besar.
e. Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
f. Pertambahan kes bunuh diri.  
Apabila kerajaan Malaysia menggalakkan pertubuhan industri perjudian hingga bertambah subur serta membantu kemajuan syarikat-syarikat tersebut, secara tidak langsung seolah-olah kerajaan sengaja membiarkan rakyat dicengkam gejala sosial tersebut semata-mata kerana mereka ingin mengaut keuntungan lebih daripada mereka. 
Allah juga telah berfirman secara jelas tentang kesan buruk terbitan daripada judi dan arak ini :
"… Sesungguhnya Syaitan tidak mengkehendaki kepada kamu selain menumbuhkan permusuhan dan persengekataan daripada arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengigati Allah dan daripada Solat, MAKA APAKAH KAMU MASIH TIDAK DILARANG? " ( Al-Maidah: 90)  
Justeru, Allah telah berfirman dengan jelas dalam satu firmannya yang
***** ********** ***** ********* ******** ************* ******** ***** ****** **** ***** ******* **** *********** ***** *** **********(113)
Mafhum : " Janganlah kamu cenderung kepda kezaliman kelak kamu akan dihumban ke dalam api neraka Allah" ( Surah Hud 113 )  

NAMA INDIVIDU MUSLIM YANG TERLIBAT  

Selain daripada pengelibatan dalam bentuk kewangan dan saham daripada kerajaan, beberapa indivdiu Melayu yang dipercayai beragama Islam juga terlibat menjadi individu utama dalam menerajui syarikat gergasi judi. Berikut adalah antara nama-nama yang terlibat:  

Bil Nama Syarikat   Nama Individu Melayu   Jawatan   

1. Genting Berhad   Tan Sri Tun Hanif Omar   Ex- Ketua Polis Dep Chairman
2. Magnum Corporation Bhd  Tan Sri Dato' Khir Johari   Ex- Menteri Vice Chairman
3. Resort World Berhad  Tan Sri Tun Hanif Omar   Ex- Ketua Polis Dep Chairman
4. Leisure Managemenat Bhd  Tan Sri Dato' Khir Johari   Ex- Menteri Director
5. Magnum Corporation Bhd  Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth  Bekas Jeneral Tentera Director
6. Guiness Anchor Berhad  Dato' Jaafar Bin Ahmad Indot  Director
7. Guiness Anchor Berhad  Dato' Alwi Bin Jantan   Bekas SUK Selangor Ex- KSU
Kementerian Bekas SUK Selangor Ex- KSU
8. Genting Berhad   Tan Sri Mohd Amin Osman   Ex-Timb. Ketua Polis Negara Director
9. Berjaya Sports Toto Bhd  Tan Sri Dato' Jaafar Abdul   Director
10. Berjaya Group Berhad  Dato' Sulaiman Mohd Noor   Director
11. Calrsberg Brewery Bhd  YAM Tunku Naqiyuddin Ibn Tuanku Jaafar  Director
12. Calrsberg Brewery Bhd  Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth  Director  
Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya, samada pelabur, menjadi salah seorang daripada pimpinannya, penjual, pengilang, pembeli, peminum atau pemain. Semuanya yang berkaitan akan menjadikan seseorang itu 'bersubahat' sebagaimana Nabi mengisyaratkan kumpulan yang terlibat juga akan mendapat laknat Allah sebagaimana sabdanya :

Mafhum : "Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak : Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum dengannya, penjual, pemakan keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya…….." ( Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daripada Anas Bin Malik ) . Sila rujuk Fiqh al-Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah dan rujuk juga Kitab Fiqh As- Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2, Kaherah., hlm 518. 
Dalam Sabda Nabi yang lain :-

Tegasan larangan arak, babi, bangkai dan berhala serta memerangi Allah kiranya memperhiaskannya lalu dihalalkan ( dgn helah bhw ia bukan haram, serta berlainan). 
Sadba Nabi lagi :-

Mafhum : Setiap yang memabukkan apabila banyak , maka sedikitnya pun adlh haram” ( riwayat Tirmidzi, Baihaqi, Ahmad, DarulQutni) 
Larangan melibatkan diri dgn perkara haram wp sedikit. Sbgmn mafhum sadba Nabi di atas, setiap perkara yg byknya membawa mabuk, maka haram jua sedikitnya.
Manakala daging yang terbina daripada hasil yang haram akan dibalas dengan neraka. Sabda Nabi :  
"Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka neraka adalah terlebih layak untuknya" ( Hadith ini adalah dhaif menurut Ibnu Jauzi dlm ‘illal al-mutanahiyyah, Juga As-Syawkani dlm al-Fawaid al-Majmu’ah, al-Ghumari dlmal-Mughir) bgmnpun maknanya adalah elok.

JUMLAH HASIL KERAJAAN DARIPADA BEBERAPA INDUSTRI ARAK DAN JUDI TERBESAR 

Secara mudah kerajaan menerima hasil daripada syarikat ini melalui beberapa sumber :
a. Cukai korporat sebanyak 28 % .
b. Cukai perkhidmatan sebanyak 5 %.
c. Perlesenan.
d. Melalui syer.  
Sila rujuk jadual di bawah:  

Syarikat    Tahun  Keuntungan RM juta  Cukai dan Hasil Kepada Kerajaan RM juta

Genting Berhad   1999  1,521,400,000   313,700,000
 1998   909,700,000   364,000,000
1997  1,542,500,000   346,000,000
Guiness Anchor Bhd  1999   182,407,000    39,272,000
1998   147,193,000    41,338,000
1997   126,328,000    34,097,000
Magnum Corp Bhd  1999   563,334,000    140,000
1998  - 132,870,000
1997   100,946,000   142,642,000
Metroplex Bhd   1999   - 6,345,000
1998   139,642,000    8,093,000
1997   140,458,000    15,712,000
Resorts World Bhd   1999   648,100,000    2,300,000
1998   371,800,000   222,400,000
1997 1,090,900,000   224,500,000
Berjaya Sports Toto  2000   384,724,000   152,833,000
1999   438,206,000    1,284,000
1998   453,925,000   119,525,000
Leisure Mgt Berhad  1999   119,551,000    232,000
1998   51,779,000    19,820,000
2000   - 36,652,000
Tanjong Public Ltd Bhd  2000   261,191,000    53,305,000
   1999   405,768,000    33,276,000
1998   327,539,000    76,704,000
Carlsberg Brewery Bhd  1999   137,935,000
   1998   151,854,000    37,400,000
1997   160,045,000    44,260,000 

Pembaca boleh mengira sendiri berapa juta dan bilion yang disalurkan kepada kerajaan melalui syarikat-syarikat judi dan arak Public Listed ini, itu belum dikira syarikat 'Private Limited' dan belum juga dikira pulangan daripada pelaburan saham ke dalam syarikat-syarikat tersebut. Sila rujuk carta di bawah.  
Daripada hasil-hasil tersebut, justeru industri haram ini dianggap begitu baik oleh kerajaan UMNO/BN. Lalu dikekalkan serta dipertahankan walaupun cukup jelas ianya bertentangan dengan hukum syarak. Nabi SAW dalam penegasan baginda tentang arak bukan sekadar pengambilan keuntungan bahkan arak juga tidak dibolehkan untuk dijadikan ubat berdasarkan sabdanya : " Allah tidak menjadikan ubat di dalam perkara yang diharamkannya". ( Rujuk Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawa al-kubra, Darul Makrifah, Juz 4, Beirut, 1988) .  
Dalam kes Kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan hanya membenarkan penjualan arak untuk non-muslim kerana ianya tidak diharamkan oleh agama mereka, justeru kebenaran untuk membuka premis arak adalah berdasarkan nisbah peratusan non-muslim yang berada di negeri tersebut. Di Terengganu sebagai contoh jumlah non-muslim adalah kurang daripada 5 %, justeru Kerajaan Terengganu hanya ,membenarkan 3 premis arak dibuka. Begitu juga halnya dengan penternakan babi dengan memenuhi syarat-syarat tertentu seperti tidak boleh dieksport, dikuarantin dan banyak lagi. Inilah hak kebebasan mengamalkan agama dalam sebuah negara Islam. Judi tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya tidak dibenarkan oleh sebarang agama.  
Nabi SAW mencela peminum arak sebagai berikut : 

Mafhum : "Orang yang meminum arak sekiranya mati kelak mereka bertemu Allah seperti penyembah berhala" ( Riwayat Ahmad - Hadis Shahih - Sila lihat Musnad Ahmad Jilid 2 hlm 272 ) Juga rujuk kitab al-Kabair karangan Imam Shamsuddin Ahmad az-Zahabi, Maktabah Darul Bayan.

Mafhum : Apabila seseorg meminum arak, maka sebatlah ia, kemudian ia minum lagi, sebatlah ia, kemudian ia minum kali ketiga sebatlah ia, kemudian apabila ia minum kali keempat, bunuhlah ia” ( Riwayat Ahmad) 

Hadith ini telah dinasakhkan oleh ijma’ ( Lihat at-Taqyid wal Iidoh, oleh al-Imam al-Hafiz alIraqi ) tetapi menunjukkan betapa besarnya dosa peminum arak.

 

Para ulama' telah bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat'ie. Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain : " Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram membelinya dan haram memakan keuntungannya" ( Lihat Fiqh 'al Mazahib al-'Arba'ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah )  
Daripada Abdullah Bin Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:  
"Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar" ( Riwayat At-Tabrani)  
Dasar kerajaan begitu jelas dalam hal ini, secara sedar atau tidak rakyat Malaysia juga diheret dalam kancah dosa ini apabila wang rakyat dilaburkan di dalam industri judi dan arak. Justeru apa yang diharapkan agar penulisan ringkas ini dapat membuka mata dan minda kita untuk menentukan tindakan kita mulai hari ini hinggalah ke akhir hayat. Terpulang samada dikira bersubahat oleh Allah atau kita telah berusaha untuk membasmi gejala dosa ini. Terpulang juga kepada para pembaca menilai fakta-fakta yang dikemukakan.


www.zaharuddin.net.
 














Ketamakan Kroni, Menghancur Negara Oleh: Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman


Di ketika manusia di seluruh negara bekerja keras bagi mendapatkan segengam beras untuk makan ahli keluraga dan ketika setengahnya berhempas pulas mencari wang gaji yang tidak seberapa untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan pelbagai hutangan. Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan manusia yang meraih wang dan hidup ditenggelami wang ringgit yang melimpah ruah tanpa jerit perih yang sebenar tetapi hanya menggunakan kedudukan dan 'title' tertentu. Justeru, penulisan yang berlandaskan kajian ini akan cuba memaparkan perkara berikut :

a.        Beberapa Pelaburan anak-anak Perdana Menteri.

b.        Penumpuan terhadap individu terpilih yang dikenali sebagai 'kroni'.

c.        Beberapa bentuk 'hasad dengki kewangan' kerajaan BN terhadap PAS.

d.        Pemonopolian Kekayaan Oleh Kroni

e.      Komentar Antarabangsa dan Tempatan Terhadap Malaysia. 

 

Allah SWT berfirman mafhumnya :
"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." ( An-Nuur: 37 )
Allah SWT memberikan gambaran bahawa kecintaan kepada harta itu mungkin sahaja menyebabkan seseorang itu teralai daripada ingatan akhirat, bukan sekadar itu malah mereka ramai juga yang termasuk dalam kalangan penentang Islam dengan beranggapan bahawa kerana tidak mengambil Islam lalu mereka mampu ke hadapan. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mengira batasan halal dan haram dalam mengumpul kekayaan.
Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga manusia yang menggunakan jalan singkat untuk menjadi kaya iaiatu dengan menggunakan pengaruh pangkat lalu terjadilah istilah nepotisme, kronise, kolusi dan lain-lain. Selama ini, ramai pemimpin UMNO menyangkal tuduhan kronisme dan lain-lain tuduhan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat. Justeru di sini akan cuba dipaparkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat. Berikut adalah jawatan-jawatan anak Dr. Mahathir di dalam syarikat 'Public Listed' :

Jadual 1 : Jawatan anak Perdana Menteri di dalam syarikat Public Listed
Nama Syarikat Jawatan

Mirzan Mahathir

Sunway Building Techologies Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir World Wide Holdings Berhad Pengarah
Mirzan Mahathir Artwright Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Konsortium Logistik Berhad Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Mirzan Mahathir Dataprep Holdings Berhad Pengerusi
        
Mohzani Mahathir THB Industries Berhad Pengerusi
Mohzani Mahathir Tongkah Holdings Berhad Pengerusi Eksekutif / CEO
Mohzani Mahathir Pantai Holdings Berhad Ketua Pegawai Eksekutif
     
 

Mukhriz Mahathir

Ajiya Berhad Pengarah
Mukhriz Mahathir Reliance Pacific Berhad Pengarah
        



Jadual 2 : Anak Perdana dan Jumlah Pelaburan mereka
Name Company Shares Held % % Held Market Value*

Mirzan Bin Mahathir
Sunway Buildings Technologies Berhad 3,917,651 3.100 2,624,826.17
Mirzan Bin Mahathir Artwright Holdings Berhad 2,196,480 11.000 4,436,889.60
Mirzan Bin Mahathir Amsteel Corporations Berhad 369,907,238 29.370 77,680,519.98
Mirzan Bin Mahathir Chocolate Products (M'sia) Bhd 220,555,945 63.300 86,016,818.55
Mirzan Bin Mahathir Lion Corporation Berhad 28,903,000 15.800 36,417,780.00
Mirzan Bin Mahathir Lion Land Berhad 299,529,946 50.480 98,844,882.18
Mirzan Bin Mahathir Angkasa Marketing berhad 25,523,496 58.000 9,443,693.52
Mirzan Bin Mahathir AmalGamated Containers Bhd 24,804,722 33.200 14,882,833.20
Mirzan Bin Mahathir Konsortium Logistics Berhad 78,057,535 43.410 146,748,165.80
Mirzan Bin Mahathir Posim Berhad 170,097,271 83.700 348,699,405.55
              
Mokhzani Bin Mahathir THB Industries Berhad 1,224,269 2.270 2,864,789.46
Mokhzani Bin Mahathir Tongkah Holdings Berhad 47,721,200 28.690 42,471,868.00
Mokhzani Bin Mahathir Pantai Holdings Berhad 42,797,000 66.010 139,518,220.00
              

Mukhriz Bin Mahathir
Reliance Pacific Berhad 5,161,999 5.260 6,813,838.68
Mukhriz Bin Mahathir Ajiya Berhad 2,176,812 8.29 4,919,595.12
              
PAB Nominee (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 3,433,000 5.300 11,191,580.00
              
Phileo Allied Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 800,000 1.230
2,608,000.00 
              
Public Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani bin Mahathir
Tongkah Holdings Berhad 4,950,000 2.980 4,405,500.00
              
RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd

- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 1,753,000 2.700 5,714,780.00
              


* Nilai Pada 11 Februari 2001

* * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur
Para pembaca boleh melihat sendiri betapa mewahnya kehidupan anak-anak Perdana Menteri iaitu Mirzan sebanyak RM 825 juta, Mohzani RM 208 Juta dan Mukhriz sebanyak RM 11 juta, itu cuma pelaburan yang menggunakan NAMA MEREKA bagaimana pula pelaburan yang tidak menggunakan nama mereka tetapi menggunakan PENAMA (nominees). Saya kira itu hanyalah jumlah kekayaan mereka yang PALING MINIMUM atau mungkin hanya peratusan kecil dari kekayaan mereka kerana jumlah pemilikan hartanah dan bangunan yang bukan dalam bentuk saham tidak dapat ditentukan kecuali oleh mereka sendiri.


Benar, kita merasa bangga dengan wujudnya korporat melayu seperti mereka tapi bagi rakyat mereka bukan korporat tulen, keluhan Dr. Mahathir selalu kedengaran mengatakan 'adakah kerana mereka menjadi anak saya lalu lalu mereka tidak boleh menjadi kaya, mereka berjaya dengan usaha mereka sendiri'. Tetapi apa yang ingin dipersoalkan adalah kejayaan yang diperolehi daripada usaha sendiri atau melibatkan pengaruh PM. Ini lah salah satu bentuk penyelewengan utama yang dipersoalkan oleh Sdr Ezam Mohd Noor sehingga beliau diheret ke mahkamah atas tuduhan membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan melibatkan kes Rafidah Aziz.
Apa pun, rakyat kini boleh menilai sejauh manakah kekayaan harta kepunyaan anak-anak Perdana Menteri yang menyebabkan beliau begitu risau untuk melepaskan jawatannya. Bagaimana pula segala harta berbentuk hartanah, aset-aset lain serta wang tersimpan. Sudah tentu sejauh langit dengan bumi jika dibandingkan dengan rakyat kebanyakkan. Layakkah mereka dengan hanya sekadar menjadi anak PM lalu kaya sedangkan rakyat teraniaya di dalam masalah kewangan.
Begitu juga halnya dengan individu-individu lain yang dianggap sebagai 'kroni'. Kehidupan mereka sentiasa mewah dan sekiranya ada kegagalan di dalam pernigaan, pasti kerajaan akan membeli saham mereka atau menyuntik wang tidak kiralah dari mana sekalipun sumbernya. Contohnya, kerajaan telah menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli dengan membeli 29 % saham MAS apabila kerajaan membeli semula saham berkenaan pada harga 122% melebihi harga pasaran. Lihat pula secebis kekayaan Tan Sri Halim Saad.

Jadual 4 : Beberapa Pelaburan serta Nilai Pasaran Bagi Tan Sri Halim Saad.
Name Company Shares Held % Held Market Value*

HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Halim bin Saad

RENONG 76,469,765 3.290 83,352,043.85
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd for Halim bin Saad METACOR 2,272,000 2.030 4,316,800.00
Halim bin Saad METACOR 15,209,089 13.610 28,897,269.10
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad RENONG 372,012,351 16.010 405,493,462.59
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad UEM 309,798,506 37.930 1,146,254,472.20
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad CREST 29,222,203 38.560 54,937,741.64
Tan Sri Halim Saad TIME 349,112,731 46.770 795,977,026.68
Tan Sri Halim Saad PHARMA 15,490,233 30.980 130,117,957.20
Tan Sri Halim Saad HPI 2,181,000 6.220 2,399,100.00
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad PARKMAY 22,526,250 50.000 15,768,375.00
Tan Sri Halim Saad FABER 194,484,537 60.020 73,904,124.06
              


* Nilai Pada 11 Februari 2001 * * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur

Inilah salah seorg drpd beberapa kerat 'Billionaire' Melayu yang merupakan 10 orang melayu terkaya di Malaysia di kalangan individu seperti Tun Daim Zainuddin serta kroni, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Vincent, Ting Pek Khing, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan lain-lain.

KEDENGKIAN DAN HASAD BN TERHADAP PAS
Apa yang terlebih dikesali adalah kedengkian yang meluap-luap dalam diri pimpinan UMNO/BN terhadap PAS, khasnya kerajaan PAS Kelantan. Walaupun kehidupan mereka tidak lekang dengan limpahan wang tetapi perasaan dengki begitu membara. Ini boleh dilihat dalam beberapa kes berikut :

1.      'Petition Grant' Bagi Negeri Kelantan

Pemberian peruntukan wajib Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan sengaja dilewatkan daripada tempoh masa sebenarnya. Ini jelas mempamerkan sikap dengki kerajaan BN yang tidak mahu pembanguan berjalan lancar di Kelantan. Waktu yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

Jadual 5 : Masa Kelewatan Pemberian Gran Untuk Penduduk Kepada Kelantan


Jenis Gran Bilangan Penduduk sepatutnya dibayar

2 kali setahun Jan/Feb dan Julai/Ogos
1994 4 bayaran : 1 kali Sept dan 3 kali Disember
1995 2 bayaran : Okt dan November
1996 2 bayaran : Julai dan Disember
1997 2 bayaran : Sept dan Jan '98
1998 2 bayaran : Ogos dan Disember
1999 2 bayaran : Ogos dan Jan '00
2000 2 bayaran : Sept dan Disember
Bagi tahun 2000 Jumlah pemberian Pusat sepatutnya adalah RM 117,528,894.67 tetapi sehingga Oktober 2000 hanya RM 42,045,101.17 sahaja yang telah diserahkan kepada Kelantan bakinya sebanyak RM RM75,483,793.50 hanya dilangsaikan pada 31 Disember 2000. 

2.      Royalti Minyak Negeri Terengganu

Petronas mendapat keuntungan berlipat ganda apabila harga 1 barrel Petroleum naik kepada USD38 per barrel (RM 144.40) berbanding hanya USD 12 perbarrel ( RM45.60 ) pada tahun 1999. Menurut sumber Petronas, dalam sehari Petronas mengeluarkan sebanyak purata 650,000 barrel. Ini bermakna jumlah tersebut mampu menghasilkan RM93,860,000 sehari sebelum ditolak kos modal. Ini menyebabkan keuntungan Petronas melambung dan begitu juga lah royalti kepada negeri Terengganu yang bernilai 5 % dari hasil Petroleum tersebut.
Seperti diketahui ramai rompakan wang rayalti berjumlah 800 juta setahun di jadikan 'ihsan' secara zalim oleh Kerajaan Pusat dengan membelakangi perjanjian yang termeteri di antara Kerajaan Terengganu dan Petronas pada tahun 74 dan 1975.

3.      Projek Pendaratan Gas Thailand-Malaysia (Petronas)

Petronas dikawal oleh PM dan Menteri Kewangan terpaksa akur dengan sifat hasad keduanya itu. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam satu Projek Petronas di Thailand di bawah kawasan JDA (Joint Development Authority ).
Mereka bersetuju untuk menaikkan gas ini dari telaga Cakerawala di dalam kaw pertindihan Siam dan Malaysia terus ke Songkhla dengan disalurkan melalui 'onshore pipeline' ke Changlun di Kedah. Harga bagi 1 km pipe 'onshore' adalah RM 9.5 juta dan 'pipe line offshore' adalah RM 5.7 juta per km.
Kesimpulan seperti berikut (melalui Kedah)
Telaga Cakerawala ---(245km)---- Songkhla ----(125km)---- Changlun
. RM1.396Billion* . RM1.187Billion* .
* anggaran
Jumlah tersebut perlu pula dicampurkan dengan RM 1.2 Biliion sebagai 'throughout fee' (tol) kepada kerajaan Tempatan Songkhla sehingga tahun 2007 kerana membenarkan daratan mereka diguna.
Sekiranya tiada perasaan dengki, mereka boleh saja menyalurkan terus ke Kelantan dari Thailand. Ianya seperti berikut :
Jika disalurkan melalui Kelantan
Telaga Cakerawala ----(140km)---- Kota Bharu
. RM798 juta* .

* anggaran
Bezakan RM 798 juta jika dibuat di Kelantan dengan RM 2.613 billion apabila dibuat di Kedah. Itulah jumlah nilai akibat hasad dengki yang merugikan negara. Perkara ini telah disebut oleh YB Hj Husam Musa di Parlimen pada sidang Oktober 2000 yang lalu.

4.      Masalah air di Kelantan

Ini merupakan satu lagi hasad mereka kepada PAS. Melalui persetujuan lisan dengan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Kerajaan Pusat bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak 600 juta pada tahun 97 bagi membantu permaslaahn air di Kelantan. Akhbar harian menghebahkan isu ini dengan harapan ianya memberikan 'political milage' kepada BN. Malangnya sehingga 2001 masih tiada apa-apa yang diberikan.

5.      Peruntukan Pembangunan (diberi melalui pejabat daerah) kepada ahli-ahli Parlimen dan ADUN BA.

Sebagaimana dimaklumi bahawa BA mendapat undi sekitar 2.5 juta berbanding BN sekitar 3.2 juta undi diseluruh Semenanjung. Bezanya menurut satu kajian hanyalah 623,000 undi sahaja. Walaupun BA disokong oleh 2.5 juta pengundi malangnya BN sekali lagi tidak menghormati rakyat apabila segala wang yang sepatutnya diperuntukan kepada MPs dan ADUN tidak diberikan iaitu RM 500,000 bagi MPs dan berbeza-beza menurut kerajaan negeri. Kerajaan Terenggnau yang ,mengamalkan sikap Islam memeberikan sebanyak RM 100,000 kepada semua ADUN dan MPs negerinya tanpa mengira parti.
Yang dikesali, rakyat sengaja dihukum kerana tidak mengundi BN. Justeru bagi 'mengajar' rakyat lalu ADUN dan MPs undian mereka mengalami kesempitan wang bagi membantu kebajikan penduduk tempatan. Harapan mereka agar pengundi akan beralih arah tetapi kita yakin bahawa para penyokong BA tidaklah rapuh pendiriannya.
Semakin malang apabila wang-wang peruntukan tersebut diberikan kepada UMNO Bahagian sebagaimana yang diberitahu oleh YB Dato' Presiden PAS. Perkara ini berlaku di banyak tempat terutamanya Kedah dan Kelantan. 

PEMONOPOLIAN KEKAYAAN NEGARA OLEH BEBERAPA KERAT INDIVIDU DAN SYARIKAT.
Tidak cukup mendera rakyat dan begitu hasad, mereka tidak putus-putus mengagih-agihkan projek dan kontrak sesama mereka tanpa mengira kesukaran rakyat. Sebagai contoh:

1.       Penswastaan Perkhidmatan Hospital (Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Deligent Network merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B, Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan banyak lagi)

2.       Konsortium Perkapalan Berhad sekarang Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion.

3.      Ranhill Berhad (sebuah syarikat yang khabarnya mempunyai pertalian dengan Tun Daim melalui salah seorang Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut). Mereka telah memperolehi projek besar seperti berikut:

1.       M&E design for KLIA,

2.       KLCC- structural design,

3.       PLUS design works,

4.       TNB 500 KV Tarnsmission project,

5.       Johor Second Crossing Township, (Largest comprehensive Township in M'sia )

6.       Selangor Privitized Water supply system, (Largest in Malaysia)

7.       Petronas Carigali design on Central Processing Platform - Largest Gas Processing and Compression Platform in M'sia

8.      First turnkey (EPC) project - Sri Gading Water Treatment Plant, Johor.

4.      United Engineers Malaysia Bhd yang diterajui oleh kroni Tan Sri Halim Saad mengaut keuntungan melalui anak-anak syarikatnya dan kontrak berikut:

1.       PLUS dan ELITE merupakan anak syarikatnya)

2.       North - South Expressway

3.       Malaysia-Singapore Second Crossing

4.       North-South Expressway Central Link

5.       Kuala Lumpur International Airport

6.       National Sports Complex

7.      Putra LRT System 2.

 

Syarikatnya mencatatkan keuntungan besar hasil daripada pemonopolian projek besar kerajaan iaitu mencatat keuntungan bersih (net profit) seperti berikut :
Jadual 6 : Keuntungan Syarikat Kroni United Engineers Malaysia Bhd dan Renong Berhad
United Engineers Malaysia Berhad
Perkara Dis 96 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 3,405,575,000 4,295,148,000 3,157,092,000 3,239,189,000
Net Profit 513,214,000 282,313,000 181,817,000 710,950,000


Renong Berhad
Perkara Jun 97 Dis 97 Dis 98 Dis 99
Turnover 1,096,343,000 914,878,000 757,108,000 499,805,000
Net Profit 536,367,000 -781,518,000 1,410,537,000 249,239,000
Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur dan Annual Report Syarikat Berkenaan
Selain itu, dalam keghairahan mereka mengaut keuntungan melalui projek-projek yang diswastakan, terdapat pula penswastaan yang menemui jalan buntu dan kegagalan seperti: 

a. Swasta Pengangkutan seperti:

1.       LRT yang kemudian dibeli balik oleh kerajaan dengan RM 6 Billion.

2.       Mtrans (soft loans dr k'jaan sbyk RM 1.7 bagi projek monorail)

3.      MAS gagal (k'jaan beli RM 8.00 pershare saham Tan Sri Tajuddin Ramli iaitu 29% sedangkan harga pasaran saham tersebut adalah pada kadar RM 3.68 per share)

b. Penswastaan Air (Indah Water Konsortium dibeli balik pada Mac dengan harga RM 192.5 juta )
Tidak cukup itu, Penswastaan di dalam bidang Pendidikan juga telah menaikkan yuran-uran pengajian melambung naik. Dalam keadaan tersebut Pinjaman Pelajar daripada Tabung PTPTN pula dikenakan 4 % dari jumlah pinjaman mereka sebagai contoh pinjaman berjumlah RM 19,500 tetapi kena bayar balik sebanyak RM 27,000.00. Ini bermakna pelajar perlu menambah RM 7,000. Bukankah ini membebankan para pelajar!. 

KOMENTAR PENGANALISA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN TERHADAP MALAYSIA

1.      Independent Strategy London

'Malaysia has the potential to set itself aside from the south-east Asian morass. But it won't until it embraces the drivers of the new economy. That means establishing the rule of law, hand off government and transparency of policy and corporate governance. Right now Malaysia is closer to Jakarta on these issues than To superlative little Singapore. THAT MAKES MALAYSIAN FINANCIAL ASSETS TOO DAMN RISKY FOR US TO RECOMMEND TO ANYBODY '
'and Malaysia won't be 'tiger' again either until new political paradigm takes over. THAT'S WHY WE DON'T WANT TO BE INVENSTED THERE UNTIL THEN'

2.      The Economist Intelligence Unit Ltd.

'Malaysia's political crisis is deepening .. The central problems remains the resistance of the veterans PM '

3.      Franki Chin (Fund manager di TALCAF Global Asset Management)

'We Would like to see (genuine) improvements to corporate governance, tranparency, political stablity and increasing trends of returns on equity '

4.      Scott Lim (Fund manager di CMS Dresdner)

'The recent initial public offer of telecom firm Time dotCom was 75% undersubscribed and this exemplified the skepticism of local investors, as Time dotCom is closely associated with politically-linked conglomerate Renong and United Engineers Malaysia which have been under fire from analysts for their lack of corporate governance.'

5.      Foreign Analyst at Major U.S Investment Bank

'From my disscussion with the fund managers, I gauge that they are mainly waiting for the old man ( Pirme Ministers Mahathir Mohammad) to go '

6.      Phua Lee Kerk (Fund Manager di APS Asset Management )

'A change in leadership might be some thing positive , it might lead to a change in policy '
Para penganalisa juga mencatatkan bahawa pasaran saham Filipina pulih sebanyak 20-30 % apabila Presiden Joseph Estrada 'stepped down' dan mereka membuat andaian yang sama bagi Malaysia. 

Hasil daripada ketidakpercayaan tersebut lalu kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana aliran keluar Dana Asing dari Malaysia begitu ketara umpamanya hampir RM 17 B pada Okt 2000 berbanding hanya RM 160 M pd tahun 1999. Menurt laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Dana asing dicatatakan telah keluar seperti berikut:

11 Oktober 2000 - RM 4.3 B  25 Oktober 2000 - RM 4.74 B  1 November 2000 - RM 5.115 B

Berdasarkan kepada 'figures' terbaru yang diperolehi darpada Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN), Malaysian Industrial Development Authority telah meluluskan (approved) hanya RM 16.9 billion pelaburan pada tahun 1999 iaitu turun RM 10 Billion berbanding tahun 1998. Manakala permohonan pelaburan (investment applications) pula turun 26 % kepada hanya RM14 Billion (1999) daripada RM18 Billion tahun 1998. Ini bermakna minat pelaburan asing dan tempatan semakin kurang terhadap Malaysia.
Selain itu, saham Time Dot Com anak syarikat kepada Time Engineering Berhad yang juga mempunyai kaitan rapat dengan UEM dan Renong diperanjatkan apabila saham mereka tidak laku di pasaran apabila hanya 25 % subcribe yang diperolehi kurang 75 %. Ini membuktikan sememangnya para pelabur sudah muak dengan syarikat kroni-kroni-kroni ini.
Sekian,....