Sabtu, 1 Mei 2010

AWAL PERKEMBANGAN ISLAM

1.ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W TERJALIN IKATAN PERPADUAN
     
      Ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup,Umat Islam bersatu padu di dalam segala hal, walaupun perbezaan pendapat masih ada, namun hal itu hanyalah masalah-masalah yang kecil sahaja, sebagai tanda bahawa manusia itu makhluk yang berfikir. Akan tetapi apabila ada perbezaan pendapat yang besar, maka perkara itu diselesaikan oleh Rasullah SAW.

       Mereka bersatu di dalam segala-galanya, ertinya pada waktu itu tidak terdapat mazhab dan aliran-aliran fikiran yang menggolongkan sebagaimana yang ada sekarang ini. Mereka bersatu kerana adanya sumber yang satu, yakni Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. yang terus membimbing, memimpin, mengarahkan dan memberi petunjuk. Bersatu dalam pengertian dan perintah, dalam ketaatan dan gerak langkah dan segala bentuk kehidupan.

       Bagaimana bila terjadi pertentangan dan perdebatan dalam sesuatu masalah? Maka Rasulullah sendiri yang memberikan ketetapan, atau baginda menunggu wahyu yang turun dari Allah. Ketetapan baginda itulah yang merupakan sunnah, yakni berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan (diam) baginda.

       "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian."(An-Nisa':59)

        Ayat Al-Quran tersebut di atas itu pada masa Rasulullah benar-benar dapat berlaku. maka masa itutidak terdapat dua aliran fikiran atau perbezaan pendapat yang berjalan sendiri-sendiri menjadi dua blok yang bertentangan, kecuali dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya untuk mendapatkan penyelesaian.

        Rasulullah memang sebagai musafir (penafsir) dan mubayyin (penjelas) dari Al-Quran. Apabila hukum yang ditanyakan kepada baginda itu belumada dalam Al-Quran, maka baginda menunggu wahyu dari Allah,atau sekaligus memberi keputusan (atas bimbingan Allah ) yang dinamakan sunnah nabi, atau kadang-kadang berijtihad, atau membenarkan para sahabat beliau berijtihad.
        Umpamanya baginda telah membenarkan Abu Bakar berijtihad didalam masalah tawanan Badar,atau beliau membenarkan ijtihad sahabat Sa'ad bin Mu'adh didalam menghadapi Bani Qurayah.
        Jelasnya, dimasa Rasulullah Saw masih hidup itu sumber hukum Islam adalah Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Saw.


2.Ketika Zaman Sahabat, Ijma' dan Pendapatnya.
        Setelah Rasulullah Saw wafat,para sahabat pun masih bersatu.Tentang kepercayaan yang sekarang terkenal dengan sebutan Rukun Iman yang enam,adalah menjadi asas akidah mereka, yakni percaya kepada Allah yang Esa, percaya kepada malaikat-malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya, kepada para utusan-Nya, kepada hari kemudian dan kepada takdir Allah.


       Mereka masih bersatu dalam keyakinan dan perkataannya.Bahawa satu-satunya Tuhan yang berhak disembah adalah Allah. Bahawa Muhammad adalah utusan Allah, bahawa Al-Qur'an adalah dari Allah yang wajib diyakini, di amal dan di bela.
       Bahawa hisab, hari akhirat, syurga neraka, seksa dan pahala, semua itu benar belaka.Mereka tidak berselisih faham tentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya seperti Salat, Zakat, Puasa, Haji dan sebagainya dari perintah agama yang jelas.


       Jika terjadi perbezaan fahaman, bukanlah pada asas Akidah agama.Bila terjadi demikian itu, maka Khalifah memilih mana yang lebih membawa maslahat (kebaikan) menurut pendapatnya.Atau Khalifah mengadakan Musyawarah. Perkara ini lebih mudah kerana sahabat utama masih hidup dan boleh dikatakan tidak begitu susah untuk diketahui pendapatnya.
       Dengan demikian saat itu terjadi ijma' yakni kesepakatan bersama antara seluruh sahabat Nabi.Ini namanya ijma' sahabat.Bila ijma' mengharuskan "kesepakatan seluruh umat (yang mujtahid)",maka pada masa sahabat dibenarkan. Tetapi selepas zaman sahabat, apakah mungkin berkumpulnya umat Islam walaupun yang telah memenuhi syarat-syarat ijtihad? Perkara ini amat sukar. Dan belum pernah terjadi.


       Sebagaimana telah kita ketahui bahawa takrif ijma' ialah "kesepakatan para ulama mujtahidin dari umat Muhammad setelah wafatnya Rasulullah itu pada suatu masa atas satu hukum agama (syar'i)."Dengan demikian tidak mungkin ada ijma'setelah zaman sahabat Nabi SAW.Maka Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hambali) berkata:
"Barang siapa yang mendakwakan(mengatakan) bahawa ada ijma',maka itu adalah dusta."
Kata Imam Daud:
"Ijma' itu,tidak ada lain kecuali ijma' sahabat saja."
      Kemudian apakah para sahabat Nabi menggunakan ra'yu(pendapat)? Ada dan menggunakan pendapat,tetapi bukan pendapat asal,pendapat yang sekadar menurut lintasan hati seperti zaman sekarang ini.Pendapat para sahabat ialah "sesuatu yang berdasarkan hati kepada sesuatu setelah difikirkan, direnungkan dan dicari mana yang benar terhadap hal yang bertentangan dalil-dalilnya atau terhadap sesuatu yangn tidak didapati nas pada nya."
      Dikala petunjuk nas atau dalil-dalil itu berlawanan atau tersembunyi maksudnya, maka mereka berijtihad atau yang dikatakan ra'yu diatas itu, yang mana hasil ra'yunya menjadi kaedah yang kemudian dijadikan pedoman oleh para ulama hingga sampai pada masa munculnya para pembangunan mazhab itu.   

PERMULAAN SEJARAH ISLAM

KEJADIAN ALAM
    Sejarah Islam bermula sejak kejadian alam lagi, walaupun ketika itu manusia belum wujud.Sesuai dengan perkataan "Islam" yang bermaksud menyerahkan diri atau tunduk patuh kepada perintah Allah SWT (Submission or resignation to the will of Almighty Allah ),maka alam semesta sejak penciptaannya adalah sentiasa bertasbih, beribadah dan tunduk patuh kepadaNya. Firman Allah (maksudnya ):
                                                                                                                 

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah dan tidak ada suatupun melain bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka, sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun". (al-Isra':44)

     Bukan hanya alam semesta ini, bahkan segala sesuatu yang ada didalamnya juga tunduk patuh dan takut kepada Allah SWT.
     "Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada dilangit, dibumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Akan tetapi banyak diantara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorangpun yang memuliakan nya. Bahawasanya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. (al-Hajj:18)
     "Bertasbih kapada Allah apa saja yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(al-Saff:1)
     "Bertasbih kepada Allah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(al-Jumu'ah:1)
     Selain daripada ayat-ayat tersebut,banyak lagi ayat dalam al-Qur'an yang menunjukkan bahawa alam semesta dan segala isi kandungannya sentiasa bertasbih,bertahmid,bertakbir dan takut kepada Allah SWT.(al-Isra':44;al-Ra'd:13 & 15;al-Rahman:6;al-Baqarah:74;al-Ahzab:72;al-Hajj:18;al-Nahl:48 &50:al-An'am:38) Bukan saja dalam al-Qur'an,bzhkzn dalam Hadith juga terdapat penjelasan-penjelasan tentang kedudukan alam semesta dan isi kandungannya.Antaranya ialah Hadith berikut:

     Suatu hari seekor semut menggigit salah seorang nabi , maka ia (Nabi itu) memerintahkan untuk membakar sarang semut yang ada . maka datanglah wahyu kepada Nabi itu: "(apakah kerana gigitan semut itu membuat engkau harus membinasakan umat (sekawanan semut) dari banyak umat yang bertasbih? "(Bukhari , Nasa'i , Abu Daud , Ibnu Majah , dan Ahmad Ibn Hanbal )

     Sesungguhnya tiada jin atau manusia , atau apa saja yang mendengar suara azan , dan juga yang lain (selain jin dan manusia ) , kecuali azan tersebut bersaksi baginya di Hari Kiamat . (Bukhari dan Nasa' i)

Dari Nas-Nas tersebut kiranya cukup jelas bahawa dalam alam semesta dan segala isi kandungannya sudahpun Mukmin dan Muslim sejak awal kejadiannya. Sebab itulah ia sentiasa bertasbih , bersujud dan takut kepada Allah SWT . Dengan itu sejarah Islam sudahpun bermula dengan kewujudan alam semesta itu sendiri . Sungguhpun alam semesta dengan isi kandungannya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lain2nya itu tidak berakal, namun ada hubungan yang jelas antara makhluk-makhluk ini dengan Allah. Mereka semuanya Mukmin dan Muslim, mentauhidkan Allah, bertasbik kepada-Nya, serta tunduk patuh secara total kepada hukum-hukum alam (law of nature) atau Sunnatullah. Inilah hakikat permulaan sejarah Islam yang sebenarnya, bukannya baru bermula dengan kewujudan manusia atau lebih-lebih lagi dengan kebangkitan Nabi Muhammad SAW...