Sabtu, 12 Jun 2010

PERISTIWA BESAR DUNIA


Abu Hurairah r.a meriwayatkan,Rasulullah Saw bersabda,"Allah mengutuskan kepada umat ini setiap 100 tahun seseorang yang akan memperbaharui agama ini".(Hadith Riwayat Abu Daud didalam kitab al-Malahim(4291),ia juga diriwayat oleh al-Hakim dan disahkan olehnya).
Berpandu kepada hadith diatas kita tak boleh lupa didalam perkiraan dengan mengikut perkiraan Hijrah untuk mengurangkan 13 tatun kerana ia adalah jangka masa dakwah Nabi Muhammad Saw di Mekah agar kita dapat kembali kesaat-saat permulaan diutuskannya Baginda Nabi Muhammad Saw kepada manusia,dengan ini kita dapati berada diawal abad sekitar 10-15 tahun tidak lebih dari itu.
Namun,adakah kedatangan al-Imam al-Mahdi menuju Jerusalem(al-Quds) adalah salah satu tanda kedatangan al-Mahdi?
Jawapannya adalah Ya.
Dalam sebuah riwayat at-Tirmizi,yang dibenarkan oleh al-Hadhrami,termuat sebuah nas yang dengan jelas menyatakan bahawa kota al-Quds(Jerusalem) merupakan bara api kejahatan dalam hati seluruh umat Islam,tidak hanya orang-orang Arab,(dari Khurasan akan muncul bendera-bendera hitam,tidak ada yang menghalangnya,sampai ia tiba di Illiya:-nama salah satu kota di Jerusalem).
Manuskrip ibnu Hamad,Salah satu riwayatnya berbunyi,"Seorang Khalifah akan turun,memenuhi bumi dengan keadilan,membangun Bait al-Maqdis dengan binaan yang belum pernah digunakan sebelumnya".
Didalam ramalan Sayidina al-Imam Ali Kaw tertulis,
"Khabarkanlah kepada penduduk Mesir bahawa mereka akan memasuki Kota Jerusalem.Ini janji kepada mereka.sementara itu,pemimpin Mesir sedang mempersiapkan kekuasaan untuk Sayidina al-Mahdi r.a.Sesungguhnya akan terjadi kekacauan-kekacauan besar,kelompok-kelompok yang sling membunuh,fitnah-fitnah yang merosakkan rumah-rumah dan tahta-tahta yang berpindah dari tempatnya),-Sungguh menghairankan perkaramu wahai penduduk Mesir,Tuhan menyatukan kembali perpecahan kamu semua,memenuhi janji-janjimu,menjadikan orang-orang yang miskin dari kalangan kamu menjadi kaya,melunaskan hutang orang yang berhutang diantara kamu dan memperbaiki keadaanmu selama kamu masih berpegang teguh dijalan Allah.
Sesungguhnya, akan terjadi fitnah di Palestine,ia berlaku berkali-kali disetiap negeri-negeri seperti datangnya air kekampung.Hati negeri Mesir sentiasa bersama orang yang diZalimi dan tangan-tangan mereka terbelenggu.Sampai datang pemimpin Mesir tersebut dan mempersiapkan kekuasaan kepada Sayidina al-Mahdi r.a di kota Jerusalem".
Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim,at-Tirmizi dan al-Imam Ahmad bahawa Rasulullah Saw bersbda,
"Hari kiamat tidak akan bangkit sebelum orang-orang Muslim memerangi orang Yahudi,dan orang-orang Muslim akan membunuh semuanya,walaupun mereka bersembuyi dibelakang pokok-pokok dan batu-batu.Pokok-pokok dan batu-batu itu akan berkata,"Wahai Muslim, inilah orang yahudi ada dibelakangku,datanglah kesini dan bunuhlah dia".(Kecuali pokok al-Gharqad-Pokok yahudi-*
kitab at-Taj al-Jami' lil-usul,jilid 5 M/S356.


Selasa, 8 Jun 2010

KEGANASAN BARAT TERHADAP UMAT ISLAM

     Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika kamu mula memegang ekor sapi(bercucuk tanam),mula mengambil riba perniagaan dan meninggalkan Jihad dijalan Allah,maka Allah SWT akan memakaikan kamu seutas rantai kehinaan ini tidak akan terputus sehingga kamu kembali kepangkal jalan (berJihad di jalanNya) dan bertaubat kepada Allah SWT..(al-Fathu Rabbani,Musnad Ahmad as-Syibani 22-24)
     Untuk memahami Hadith ini dengan lebih terperinci lagi,tidak diperlukan rujukan-rujukan lain sebabnya ianya sudah jelas bahawa walaupun umat Islam, sudah mendapat kemerdekaan namun masih lagi dibawah "belenggu" penjajah dan selagi mana masih tidak bertaubat dan terus meninggalkan JIHAD serta masih tidak membuang tabiat mengambil Riba,maka selagi itulah rantai kehinaan hamba penjajahan akan terus berada dileher sehingga ia merasa bangga bila dapat 'mencium' kaki-kaki penjajah dan berseronok dengan apa yang mereka berikan.

Isnin, 7 Jun 2010

STRATEGI ZIONISME UNTUK MENGUASAI BAITULMAQDIS DAN PALESTIN

KONSPIRASI bangsa yahudi untuk menguasai Baitulmaqdis dan Palestin telah dicapai  melalui strategi-strategi berikut:
Strategi 1:
Menggulingkan Sultan Abdul Hamid dan menjatuhkan Empayar Islam Othmaniyyah. 
(1516-1918)
Bahagian 1: Usaha-usaha Zionis bagi mendapatkan Palestin,adalah satu isu yang penting kerana dalam tempoh ini menyaksikan kelahiran dua gerakan, iaitu gerakan Zionis sebagai gerakan politik dan gerakan Kesatuan dan Pembangunan yang bersifat gerakan politk-tentera :-merupakan unsur yang berkesan dalam menentukan masa depan Palestin.
     Dimana gerakan Zionis(Politik) merancang untuk menguasai Palestin manakala gerakan Kesatuan dan Pembangunan pula membantu gerakan Zionis mencapai impian mereka..Gerakan Zionis yang dipimpin oleh Theodore Hertzel , mengutamakan dan memilih Palestin berbanding negara-negara yang lain kerana Palestin dianggap sebagai 'bumi yang dijanjikan Tuhan' walaupun sebahagian besar daripada bangsa Yahudi menentang idea penubuhan negara Kebangsaan Israel samaada diPalestin ataupun dinegara lain.Untuk tujuan tersebut,diantara tahun 1896-1904,Hertzel telah menjelajahi Eropah dan Empayar Islam Othmaniyyah,menjalankan usaha rundingan bagi menyakinkan mereka tentang kepentingan mendirikan negara bangsa Yahudi dipelastin daripada sudut tamadun,politik dan ekonomi.(Sultan abd.Hamid telah menolak idea penubuhan )
Bahagian 2: Konspirasi Menggulingkan Sultan Abdul Hamid:- Pemberontakkan dalaman terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid samaada yang dibuat oleh bangsa Turki atau kaum lain(yahudi ,Pertubuhan Freemason dan Donma salanik) yang didalangi oleh Zionisme dan kuasa-kuasa Eropah.
Resolusi pada persidangan kali kedua pada tahun 1907 :-
1. Memaksa Sultan Abdul Hamid turun daripada tahta
2. Menukar sistem negara hingga keakar umbi
3. Membentuk sistem musyawarah.
Strategi 2:
Memecahbelahkan wilayah Empayar Islam Othmaniyyah berselindungkan seruan Revolusi Arab untuk memecah kesatuan umat Islam(Rule and Divide).
Strategi 3:
Melaksanakan proses mengyahudikan Baitulmaqdis;proses menghilangkan persekitaran Islam dan Kristian.
1. Penempatan dan kependudukan:-pada 1948,bangsa yahudi hanya memiliki 18 peratus daripada tanah palestin.
2. Politik dan pentadbiran ;-usaha dan perancangan awal untuk menguasai Baitululmaqdis,diantara tahun 1948-1967,berbekalkan Deklarasi Balfour.
3. Bangunan dan kemudahan awam.
4. Undang-undang dan peraturan.
5. Sejarah dan kebudayaan.
Strategi 4:
Meminta ketetapan antarabangsa yang mengiktiraf negara kebangsaan Yahudi diPalestin :-pada 24 julai 1922,majlis umum PBB mengiktiraf mandat Britain keatas Palestin.
Strategi 5:
Mewar-warkan dakwaan bangsa yahudi daripada sudut agama dan sejarah terhadap hak-hak mereka keatas Palestin dan Baitulmaqdis.
Strategi 6:
Mempergunakan keganasan,harta dan wanita sebagai senjata mengikut keadaan
Strategi 7:
Membentuk kumpulan-kumpulan militan untuk melakukan konspirasi yang menyebarkan fitnah dan ketegangan.(Argon di Jordan dan selatan Lebanon,Irgun Zwei Leumii di Britain,Abraham Stern menyerang Britain dan Arab  dengan serentak dan Lohmey Heruth Israil di Germany) 
Strategi 8:
Mengeksploitasi medai massa.
Faedah yang didapat oleh zionis disebalik pengurusan Media massa;
1.menimbulkan rasa berpuak-puak
2.memperelokkan imej bangsa Yahudi yang buruk
3.menyebarkan kerosakan
4.menguasai fikiran manusia
5.menyemarakkan api permusuhan dan perpecahan antara kaum dan rasa syak wasangka antara pemerintah dan rakyat.
6.menyelewengkan sejarah Islam,melalui surat khabar dan majallah(penulisan),filem dan pawagam dan television ,radio(NBC,ABC danCBS) dan agensi berita(Reuter,Associate Press dan united Press).
*bilangan satelite yang terdapat diseluruh dunia adalah hampir 525 buah satelite dan satlite milik negara Arab hanyalah 51 buah manakala selebihnya........
Strategi 9:
Membentuk kelab-kelab Freemason dan kumpulan-kumpulan rahsia(underground)
Strategi 10:
Mendirikan kerajaan antarabangsa untuk memerintah seluruh dunia demi kemaslahatan Zionis.  

Jumaat, 14 Mei 2010

Pakistani Taliban say America will "burn"

Pakistani Taliban say America will "burn"

GERAKAN ZIONISME MENGANCAM UMAT ISLAM.

Isu Palestine dan gerakan Zionisme adalah satu isu yang sangat penting untuk dikaji dan difahami oleh semua individu Muslim kerana ia melibatkan masa depan Islam itu sendiri.
   Baitulmaqdis dan Palestine mempunyai nilai yang tersendiri dalam sejarah Islam sebagai kiblat pertama umat Islam dan juga tanah suci(haram) yang ketiga selepas Masjidilharam di Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah.Disamping itu,ia juga adalah tempat tinggal kebanyakan para Nabi dan Rasul yang terdahulu.
   Justeru, Sudah tentulah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan kehormatan Masjid al-Aqsa sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan musuh yang cuba merosakkan Islam.
   Zionisme telah mengancam ketuanan Islam terhadap Baitulmaqdis apabila ia merampas hak milik mutlak Islam iaitu tanah Pelastine secara zalim dan kejam.Disamping itu, Zionisme juga menindas anak watan Baitulmaqdisyang terdiri daripada umat Islam dan Kristian.
   Gerakan Zionis yang bersifat Politik bermula pada 1898 dan gerakan ini mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dengan gerakan Zionis keagamaan(non partisan).
   Zionisme telah bermula sejak pengusiran Babylon dan mengalami perkembangan dan kematangan dari masa kesemasa.
   Peringkat pertama
   Zionisme pada peringkat ini tidak lebih daripada sekadar idea-idea yang dibuat oleh Pendeta bangsa Yahudi untuk memulihkan maruah mereka yang merosot selepas ditawan oleh Empayar Babylon.Ia tidak lebih daripad sekadar satu escapism bagi menjaga ego sebagai bangsa pilihan Tuhan.
   Peringkat kedua
   Ia bermula pada akhir kurun ke-17 dan masih merupakan ideologi tetap gerakan ini telah maju setapak lagi apabila menperjuangkan reformasi dalam kebudayaan dan agama bangsa Yahudi.
   Peringkat ketiga
   Gerakan ini telah mengambil bentuk politik dan kenegaraan sejak 1896.Istilah Zionisme bererti gerakan politik.Idea ini bukanlah berasal daripada agama bangsa Yahudi tetapi daripada semangat perkauman Eropah yang mahukan  'satu bangsa ,satu negara'.
   Peringkat keempat
   Bermula sejak bangsa Yahudi mengisytiharkan kemerdekaan secara berpihak pada 14 Mei 1948.Negara Israil telah mendapat pengiktirafan de facto daripada pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),dengan sokongan Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

   Sebenarnya,kewujudan negara Israil adalah idea Eropah yang berkembang dengan Imperialisme Eropah untuk mencapai dua matlamat.:
   1.Membersihkan Eropah daripada bangsa Yahudi yang dianggap sampah manusia.
   2.Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam,mendirikan pengawas imperialis temtera pada masa akan datang dan juga menyemaikan barah untuk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam juga memastikan mereka sentiasa tunduk kepada Eropah.
   Dari segi bangsa Yahudi pula,mereka menerima idea Zionisme dan bersegera untuk mencapai matlamat negara Israil yang ingin mendirikan tanah air yang aman bagi bangsa Yahudi,selepas mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat perangai buruk mereka sendiri. Dengan itu bergadunglah dua cita-cita untuk mendirikan negara Israil.

Isnin, 3 Mei 2010

KEKEJAMAN MELAMPAU...

     Peristiwa ini berlaku akibat kekejaman melampau yang dilakukan oleh tentera Zionis dan gerila-gerila Yahudi dikampung Abu Kabir, Dir Yassin, Abu Syasyah, Al-Lad,  'Albiyyun dan As-Syeikh.
     Pada <31 Mac 1948>, kumpulan Militan dan pengganas Yahudi yang dikenali sebagai  Hajnah  membunuh semua penduduk Kampung Abu Kabir yang cuba melarikan diri
     Pada <9 April> pula, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin,Perdana Menteri Israel-1977-1983 yang bertanggungjawab membunuh 250 orang Islam di Dir Yassin pada 9/4/1948, 100 daripada mereka ada lah Wanita (dizaman nya juga berlaku pembunuhan kejam umat Islam di Sabra dan Syatila-1982).Penuduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak dihadapan penduduk Yahudi untuk di lontarkan dengan batu.
     Tanggal <14 Mei 1948>, hari British mengakhiri penjajahannya keatas Bumi PALESTINE, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel keatas 50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah.

Sabtu, 1 Mei 2010

AWAL PERKEMBANGAN ISLAM

1.ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W TERJALIN IKATAN PERPADUAN
     
      Ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup,Umat Islam bersatu padu di dalam segala hal, walaupun perbezaan pendapat masih ada, namun hal itu hanyalah masalah-masalah yang kecil sahaja, sebagai tanda bahawa manusia itu makhluk yang berfikir. Akan tetapi apabila ada perbezaan pendapat yang besar, maka perkara itu diselesaikan oleh Rasullah SAW.

       Mereka bersatu di dalam segala-galanya, ertinya pada waktu itu tidak terdapat mazhab dan aliran-aliran fikiran yang menggolongkan sebagaimana yang ada sekarang ini. Mereka bersatu kerana adanya sumber yang satu, yakni Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. yang terus membimbing, memimpin, mengarahkan dan memberi petunjuk. Bersatu dalam pengertian dan perintah, dalam ketaatan dan gerak langkah dan segala bentuk kehidupan.

       Bagaimana bila terjadi pertentangan dan perdebatan dalam sesuatu masalah? Maka Rasulullah sendiri yang memberikan ketetapan, atau baginda menunggu wahyu yang turun dari Allah. Ketetapan baginda itulah yang merupakan sunnah, yakni berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan (diam) baginda.

       "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian."(An-Nisa':59)

        Ayat Al-Quran tersebut di atas itu pada masa Rasulullah benar-benar dapat berlaku. maka masa itutidak terdapat dua aliran fikiran atau perbezaan pendapat yang berjalan sendiri-sendiri menjadi dua blok yang bertentangan, kecuali dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya untuk mendapatkan penyelesaian.

        Rasulullah memang sebagai musafir (penafsir) dan mubayyin (penjelas) dari Al-Quran. Apabila hukum yang ditanyakan kepada baginda itu belumada dalam Al-Quran, maka baginda menunggu wahyu dari Allah,atau sekaligus memberi keputusan (atas bimbingan Allah ) yang dinamakan sunnah nabi, atau kadang-kadang berijtihad, atau membenarkan para sahabat beliau berijtihad.
        Umpamanya baginda telah membenarkan Abu Bakar berijtihad didalam masalah tawanan Badar,atau beliau membenarkan ijtihad sahabat Sa'ad bin Mu'adh didalam menghadapi Bani Qurayah.
        Jelasnya, dimasa Rasulullah Saw masih hidup itu sumber hukum Islam adalah Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah Saw.


2.Ketika Zaman Sahabat, Ijma' dan Pendapatnya.
        Setelah Rasulullah Saw wafat,para sahabat pun masih bersatu.Tentang kepercayaan yang sekarang terkenal dengan sebutan Rukun Iman yang enam,adalah menjadi asas akidah mereka, yakni percaya kepada Allah yang Esa, percaya kepada malaikat-malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya, kepada para utusan-Nya, kepada hari kemudian dan kepada takdir Allah.


       Mereka masih bersatu dalam keyakinan dan perkataannya.Bahawa satu-satunya Tuhan yang berhak disembah adalah Allah. Bahawa Muhammad adalah utusan Allah, bahawa Al-Qur'an adalah dari Allah yang wajib diyakini, di amal dan di bela.
       Bahawa hisab, hari akhirat, syurga neraka, seksa dan pahala, semua itu benar belaka.Mereka tidak berselisih faham tentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya seperti Salat, Zakat, Puasa, Haji dan sebagainya dari perintah agama yang jelas.


       Jika terjadi perbezaan fahaman, bukanlah pada asas Akidah agama.Bila terjadi demikian itu, maka Khalifah memilih mana yang lebih membawa maslahat (kebaikan) menurut pendapatnya.Atau Khalifah mengadakan Musyawarah. Perkara ini lebih mudah kerana sahabat utama masih hidup dan boleh dikatakan tidak begitu susah untuk diketahui pendapatnya.
       Dengan demikian saat itu terjadi ijma' yakni kesepakatan bersama antara seluruh sahabat Nabi.Ini namanya ijma' sahabat.Bila ijma' mengharuskan "kesepakatan seluruh umat (yang mujtahid)",maka pada masa sahabat dibenarkan. Tetapi selepas zaman sahabat, apakah mungkin berkumpulnya umat Islam walaupun yang telah memenuhi syarat-syarat ijtihad? Perkara ini amat sukar. Dan belum pernah terjadi.


       Sebagaimana telah kita ketahui bahawa takrif ijma' ialah "kesepakatan para ulama mujtahidin dari umat Muhammad setelah wafatnya Rasulullah itu pada suatu masa atas satu hukum agama (syar'i)."Dengan demikian tidak mungkin ada ijma'setelah zaman sahabat Nabi SAW.Maka Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hambali) berkata:
"Barang siapa yang mendakwakan(mengatakan) bahawa ada ijma',maka itu adalah dusta."
Kata Imam Daud:
"Ijma' itu,tidak ada lain kecuali ijma' sahabat saja."
      Kemudian apakah para sahabat Nabi menggunakan ra'yu(pendapat)? Ada dan menggunakan pendapat,tetapi bukan pendapat asal,pendapat yang sekadar menurut lintasan hati seperti zaman sekarang ini.Pendapat para sahabat ialah "sesuatu yang berdasarkan hati kepada sesuatu setelah difikirkan, direnungkan dan dicari mana yang benar terhadap hal yang bertentangan dalil-dalilnya atau terhadap sesuatu yangn tidak didapati nas pada nya."
      Dikala petunjuk nas atau dalil-dalil itu berlawanan atau tersembunyi maksudnya, maka mereka berijtihad atau yang dikatakan ra'yu diatas itu, yang mana hasil ra'yunya menjadi kaedah yang kemudian dijadikan pedoman oleh para ulama hingga sampai pada masa munculnya para pembangunan mazhab itu.   

PERMULAAN SEJARAH ISLAM

KEJADIAN ALAM
    Sejarah Islam bermula sejak kejadian alam lagi, walaupun ketika itu manusia belum wujud.Sesuai dengan perkataan "Islam" yang bermaksud menyerahkan diri atau tunduk patuh kepada perintah Allah SWT (Submission or resignation to the will of Almighty Allah ),maka alam semesta sejak penciptaannya adalah sentiasa bertasbih, beribadah dan tunduk patuh kepadaNya. Firman Allah (maksudnya ):
                                                                                                                 

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah dan tidak ada suatupun melain bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka, sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun". (al-Isra':44)

     Bukan hanya alam semesta ini, bahkan segala sesuatu yang ada didalamnya juga tunduk patuh dan takut kepada Allah SWT.
     "Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada dilangit, dibumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Akan tetapi banyak diantara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorangpun yang memuliakan nya. Bahawasanya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. (al-Hajj:18)
     "Bertasbih kapada Allah apa saja yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(al-Saff:1)
     "Bertasbih kepada Allah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(al-Jumu'ah:1)
     Selain daripada ayat-ayat tersebut,banyak lagi ayat dalam al-Qur'an yang menunjukkan bahawa alam semesta dan segala isi kandungannya sentiasa bertasbih,bertahmid,bertakbir dan takut kepada Allah SWT.(al-Isra':44;al-Ra'd:13 & 15;al-Rahman:6;al-Baqarah:74;al-Ahzab:72;al-Hajj:18;al-Nahl:48 &50:al-An'am:38) Bukan saja dalam al-Qur'an,bzhkzn dalam Hadith juga terdapat penjelasan-penjelasan tentang kedudukan alam semesta dan isi kandungannya.Antaranya ialah Hadith berikut:

     Suatu hari seekor semut menggigit salah seorang nabi , maka ia (Nabi itu) memerintahkan untuk membakar sarang semut yang ada . maka datanglah wahyu kepada Nabi itu: "(apakah kerana gigitan semut itu membuat engkau harus membinasakan umat (sekawanan semut) dari banyak umat yang bertasbih? "(Bukhari , Nasa'i , Abu Daud , Ibnu Majah , dan Ahmad Ibn Hanbal )

     Sesungguhnya tiada jin atau manusia , atau apa saja yang mendengar suara azan , dan juga yang lain (selain jin dan manusia ) , kecuali azan tersebut bersaksi baginya di Hari Kiamat . (Bukhari dan Nasa' i)

Dari Nas-Nas tersebut kiranya cukup jelas bahawa dalam alam semesta dan segala isi kandungannya sudahpun Mukmin dan Muslim sejak awal kejadiannya. Sebab itulah ia sentiasa bertasbih , bersujud dan takut kepada Allah SWT . Dengan itu sejarah Islam sudahpun bermula dengan kewujudan alam semesta itu sendiri . Sungguhpun alam semesta dengan isi kandungannya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lain2nya itu tidak berakal, namun ada hubungan yang jelas antara makhluk-makhluk ini dengan Allah. Mereka semuanya Mukmin dan Muslim, mentauhidkan Allah, bertasbik kepada-Nya, serta tunduk patuh secara total kepada hukum-hukum alam (law of nature) atau Sunnatullah. Inilah hakikat permulaan sejarah Islam yang sebenarnya, bukannya baru bermula dengan kewujudan manusia atau lebih-lebih lagi dengan kebangkitan Nabi Muhammad SAW...
 
 


 

Jumaat, 16 April 2010

DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Bismillahirahmanirahim,Selawat dan salam kepada nabi kita Muhammad bin Abdullah (SAW) baginda dan para-para Sahabat sekian,
     Pesanan Allah SWT didalam kitabNya yang mulia untuk panduan dan pegangan setiap mu'min agar mereka memenuhi seluruh waktu hidup mereka dengan 'amalan-'amalan kebaikan iaitu saling ingat-mengingatkan agar menta'ati kebenaran dan sentiasa berada didalam kesabaran bila menghadapi ujian-ujian perjuangan dan kehidupan didunia ini.Allah Ta'ala mengingatkan kita bahawa diantara golongan yang rugi ialah orang-orang yang tidak menggunakkan kesempatan masa hidupnya untuk menta'ati perintah dan hukum-hakamnya tanpa mengira tinggi-rendahnya kedudukan mereka.Walau pun mereka mungkin terdiri dari orang-orang yang tinggi lagi mulia kedudukannya dimata manusia, namun kelak mereka tetap menjadi orang-orang yang rugi bila berhadapan dengan Allah 'Azza wa jalla.

     Sayugia kita orang-orang mu'min menghargai masa,tidak membiarkan berlalu dengan sia-sia, atau dihabiskan  dengan 'amal kerja yang dilarang lagi dimurkai oleh Allah.Alangkah ruginya kita jika kita tidak dapat menyelamatkan diri kita bila berhadapan dengan Allah nanti.Lantaran itu Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat yang dikasihinya tentang masa agar para pengikutnya tidak lalai atau leka dari menggunakan masa.

     Baginda yang mulia bersabda:
Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
  1. Masa hidup kamu sebelum (datang) Kematian.
  2. Masa sihat kamu sebelum(kena) penyakit.
  3. Masa lapang kamu sebelum(dipenuhi) kesibukan.
  4. Masa muda kamu(yang kuat) sebelum tua.
  5. Masa kaya kamu sebelum(menjadi) fakir.
     Semoga pesanan Rasul kita yang mulia itu akan menjadi pegangan kita selama-lamanya,dapat memberi panduan kepada kita tentang masa agar detik-detik waktu yang sedang dan akan kita lalui nanti benar-benar mendatangkan manfa'at kepada diri kita dan saudara-saudara kita yang beriman, dalam usaha mencari keredhaanNya.Amin,Ya Rabbul 'Alamin.