Isnin, 3 Mei 2010

KEKEJAMAN MELAMPAU...

     Peristiwa ini berlaku akibat kekejaman melampau yang dilakukan oleh tentera Zionis dan gerila-gerila Yahudi dikampung Abu Kabir, Dir Yassin, Abu Syasyah, Al-Lad,  'Albiyyun dan As-Syeikh.
     Pada <31 Mac 1948>, kumpulan Militan dan pengganas Yahudi yang dikenali sebagai  Hajnah  membunuh semua penduduk Kampung Abu Kabir yang cuba melarikan diri
     Pada <9 April> pula, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin,Perdana Menteri Israel-1977-1983 yang bertanggungjawab membunuh 250 orang Islam di Dir Yassin pada 9/4/1948, 100 daripada mereka ada lah Wanita (dizaman nya juga berlaku pembunuhan kejam umat Islam di Sabra dan Syatila-1982).Penuduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak dihadapan penduduk Yahudi untuk di lontarkan dengan batu.
     Tanggal <14 Mei 1948>, hari British mengakhiri penjajahannya keatas Bumi PALESTINE, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel keatas 50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah.