Rabu, 22 Jun 2011

Bilakah Para Pemimpin Sedar Bahwa Tugas Mereka Adalah Berkhidmat Untuk Umat?

Risalah dari Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan para pengikutnya,
Bahawa pemimpin di dalam Islam memiliki kedudukan yang tinggi bagi melaksanakan misi yang sangat besar dalam melayani bangsa dan rakyatnya, Nabi saw bersabda:
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Seorang pemimpin adalah benteng, ikut berperang di belakang dan memberikan perlindungan dengannya”. (Muttafaqun alaih)Hal ini dengan syarat pemimpin mestilah mempraktikkan keadilan di tengah bangsanya, menunaikan tanggungjawab dan amanahnya. Nabi saw bersabda:
إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ
“Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat nanti dan paling dekat majlisnya denganku adalah pemimpin yang adil. Orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh majlisnya denganku adalah pemimpin yang zalim”. (Riwayat At-Tirmidzi).
  • Apakah para penguasa dan pemimpin negara memerlukan seruan yang mengingatkan mereka tentang apa yang Islam telah perintahkan kepada mereka dalam melakukan persediaan untuk umat, menghentikan serangan musuh yang bertubi-tubi ke atas Islam dan tidak pernah berhenti?
  • Apakah para pemimpin bangsa memerlukan peringatan bahawa negara-negara Islam kita ketika ini berada di dalam penjajahan dan penguasaan yang terletak di bawah agenda sia-sia dan terkutuk Amerika dan Zionis dan usaha merendahkan kita dengan berbagai macam cara?
  • Apakah para pemimpin umat ini memerlukan orang yang sedia membantu menyedarkan mereka bahawa memberikan pertolongan kepada Masjid Al-Aqsa dan melindungi tempat-tempat suci Islam adalah satu kewajiban ke atas mereka sebelum habis waktunya?
Seorang pemimpin yang adil Umar bin Al-Khattab pernah mengutus surat kepada para pemimpin umat sambil mengingatkan:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ أَسْعَدَ الْوُلاَةِ مَنْ سَعِدَتْ بِهِ رَعَيِتَّهُ، وَإِنَّ أَشْقَى الْوُلاَةِ مَنْ شَقِيَتْ بِهِ رَعِيَّتَهُ
“Selanjutnya, bahawa sebaik-baik pemimpin atau orang yang paling bahagia adalah mereka yang mahu membahagiakan rakyatnya, dan orang yang paling sengsara atau pemimpin yang paling celaka adalah pemimpin yang menyengsarakan rakyatnya”
Dengan neraca ini dapat dikiaskan tanggungjawab pemimpin, diseimbangkan dan dipenuhi dengan baik tuntutan rakyatnya dan difahami kehendak seluruh umat. Justeru, ketika ini seluruh bangsa dan umat menyedari bahawa kebaculan pemimpin adalah masalah kronik dan menjadi penyakit kritikal selepas menyaksikan bahana yang terjadi akibat pemimpin yang hanya mengadakan berbagai persidangan, muktamar dan seminar yang hanya mampu menyuarakan kutukan dan kecaman kepada musuh.
Inilah yang membuatkan musuh umat tidak bimbang hukuman di atas jenayah yang mereka lakukan, tidak peduli dengan sesiapa sehingga membuatkan rakyat merasa bosan dan kecewa dengan sikap mengalah yang terus dipamerkan oleh para pemimpin Islam dalam menghadapi pencerobohan, pendudukan atau pengepungan regim Zionis atau percubaan menghentikan keganasan dan kekejaman para penjajah terhadap tempat-tempat suci umat Islam

  • Sampai bilakah para pemimpin sedar untuk segera melaksanakan tugas dan peranan mereka?
  • Sampai bilakah mereka mahu menyedari bahawa tindakan yang dituntut dan sangat diperlukan daripada mereka adalah: menjalin solidariti dan kesatuan, meninggalkan pergolakan dan perpecahan yang mencerai-beraikan kesepakatan mereka, sedangkan seruan Allah sangatlah jelas dalam FirmanNya:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara”. (Ali-Imran: 103).
Sesungguhnya pemimpin Islam yang mengetuai 1.5 billion jiwa sebenarnya berupaya menghadapi hanya beberapa juta warga Yahudi yang telah mengotori tempat-tempat suci kita. Begitu juga sebenarnya mereka mampu mencapai kemenangan yang diidamkan khasnya kerana di tangan mereka memiliki sumber kekayaan yang tersimpan di negara kita dan sebenarnya mereka yang mengendali kemudinya.
Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang tidak dipedulikan”, sebenarnya mampu untuk terus berdiri dan teguh dalam kebenaran, cekal melawan penjajahan dan menolak pencabulan. Mereka mampu mempamerkan tentangan sengit untuk menghentikan pencerobohan Zionis dan menjadi pelindung bagi rakyat mereka.
Sesungguhnya pemimpin bagi “bangsa yang Allah telah tetapkan kemuliaan” sebenarnya mampu menyelamatkan para tahanan wanita Islam di penjara Zionis, di mana mereka menjerit dan menangis memohon pertolongan dan menyeru pemimpin supaya menamatkan sebarang penghinaan dan kecelaan.

Wahai para pemimpin umat ini ..
Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada Hasan al-Basri yang menjelaskan perwatakan pemimpin yang adil sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah, beliau berkata:
“Allah telah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penegak keadilan setiapkali berlaku penyimpangan, penunjuk setiap kali berlaku pencabulan, pembaikpulih setiap kali berlaku kerosakan, penguat bagi yang lemah, pembela kepada orang yang tertindas, pemberi keamanan bagi siapa yang memerlukan. Dia adalah penegak kebenaran di hadapan Allah dan hamba-hamba-Nya, mendengar Firman Allah dan Allah sentiasa mendengar rintihan mereka, mereka melihat Allah dan Allah akan sentiasa melihat mereka, mereka memimpin umat kepada Allah dan Allah akan sentiasa memimpin mereka. Dialah yang mengadili umat tanpa menghukum dengan undang-undang jahiliyah dan tidak mengikuti jalan orang-orang yang zalim serta tidak bertindak seperti penguasa angkuh yang menindas golongan yang lemah (tertindas)” (Al-Aqdul Farid)
Wahai para pemimpin umat Islam ..
- Islam yang kamu anuti, telah mengingatkan bahawa keadaan umat akan berjalan lurus dan betul hanya melalui jalan jihad. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ
“Hai orang-orang yang beriman, Apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?”. (At-Taubah:38)
Justeru kebangkitan, ketinggian dan kemuliaan kita bergantung kepada keteguhan jalan jihad. Tujuan mulia ini tidak akan tercapai melainkan dengan jalan perjuangan dan pertempuran yang disokong dengan seluruh apa yang kita miliki seperti harta benda, senjata, media, jiwa dan barang berharga lainnya.

Ketahuilah bahawa rakyat sentiasa memperhatikan kebaikan kamu dan tindak tanduk kamu. Oleh itu itu janganlah kamu kecewakan harapan mereka. Kamu sebenarnya berada di kedudukan yang teragung dalam melakukan jualbeli dengan Allah.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. (As-Shaff:10-11)
- Lihatlah kepada pemimpin umat Islam yang telah melakarkan sejarah kegemilangan. Mereka telah menolak penghinaan dan kecelaan, seperti yang dilakukan oleh panglima tentera Salahuddin Al-Ayubi setelah tentara Salib melakukan kerosakan dan pembunuhan ke atas umat Islam selama 90 tahun lamanya, dan mereka yang telah mengusir pasukan Tartar yang dipimpin oleh Saifuddin Qutz, setelah empat tahun lamanya mereka melakukan kehancuran terhadap bumi umat Islam.
- Dalam sejarah kita baru-baru ini, telah wujud tanda kekuasaan Allah apabila kemenangan berlaku pada tarikh 10 Ramadhan, sebagai bukti bahawa kemenangan pasti akan tercapai jika kita mahu melakukan berbagai usaha sebagai penyebab datangnya kemenangan tersebut, dan hal itu tersedia dalam tubuh umat kita. Mengapa kita merasa rendah diri dan mengalah? Kenapa kita menerima langkah ke belakang, di hadapan musuh yang memang terbukti selalu lari kerana takut kepada keteguhan orang-orang yang beriman, Allah berfirman:

لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ
“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam Keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (Al-Hasyr:14)
Tugas dan Kewajiban kamu wahai pemimpin umat hari ini…
  • Menghentikan perundingan yang sia-sia baik secara langsung atau tidak langsung dan menyokong semua bentuk perjuangan untuk membebaskan setiap inci dari bumi yang dicerobohi oleh musuh baik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia Islam.
  • Sumber rujukan kamu seperti yang disepakati oleh para ulama adalah Al-Qur’an dan Sunnah, dan bukan Resolusi PBB atau arahan Zionis dan Amerika. Justeru untuk mencapai tujuan ini adalah dengan mengumumkan bahawa isu Palestin dan isu-isu pencerobohan ke atas negara-negara Islam adalah isu utama bagi kamu.
  • Menyokong rakyat dan warga kamu yang merdeka melalui organisasi dan pertubuhannya yang menuntut berkali-kali agar: memboikot, menghentikan hubungan dengan musuh, menyokong perjuangan dan para pejuangnya, dan memberikan kebenaran kepada warganya yang mahu menyelamatkan dan membela Al-Aqsa, prihatin dengan tempat-tempat suci ini, tidak melakukan penangkapan dengan alasan mereka membela Al-Aqsa, dan segera membebaskan pihak yang menyuarakan kemarahan mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti golongan profesioanl, mahasiswa, buruh, dan orang-orang biasa yang ditangkap baru-baru ini, atau yang akan datang seperti ungkapan salah seorang pemimpin Arab:
جيوشنا مجهزة لقمع شعوبنا
“Pasukan kami siap untuk menindas bangsa kami”,
 
  • Renungkanlah apa yang ditulis oleh Khalifah Ali bin Abi Talib, kepada penguasa Mesir:
“Jadikanlah khazanah yang paling anda sayangi adalah amal salih, dan saya merasa hati anda penuh kasih terhadap rakyat dan melimpahkan kebaikan kepada mereka, janganlah kamu seperti binatang buas yang memakan dengan lahap mangsanya.”
  • Membatalkan semua perjanjian damai. Ini kerana serangan Zionis sering berulang dan berulang dan kekejaman mereka terhadap Al-Quds sentiasa berterusan. Menghentikan pelbagai perjanjian lampau kerana mereka terus melakukan pencabulan terhadap kedaulatan negara dan bangsa kita, terutama perjanjian ” Camp David,” yang disifatkan oleh Menteri Luar Negeri Mesir pada waktu itu: “sebagai penyembelihan terancang”, lantas beliau meletakkan jawatannya sebagai tanda protes. Pengamal undang-undang menyifatkan Perjanjian “ Camp David ” yang ditandatangani pada 26 Mac 1979 merupakan pelanggaran terhadap Perlembagaan Mesir dan pelanggaran terhadap resolusi PBB.
Oleh kerana itu, para pegawai kerajaan Mesir tidak wajar melaksanakan kandungan perjanjian itu. Tambahan pula menurut pendedahan perwakilan Mesir bahwa persetujuan tersebut bertentangan dengan persetujuan “Vienna” yang berkaitan dengan perjanjian antarabangsa pada perkara 35 yang menegaskan: “Setiap perjanjian akan terbatal jika terdapat pelanggaran norma-norma hukum antarabangsa. Perjanjian Camp David telah melanggar semua dokumen dan fakta prinsip-prinsip hukum dan norma-normanya”.
Di samping itu setengah penganalisis politik berpandangan: “Fakta bahawa persetujuan ini tidak menyebut tempoh waktu secara tepat juga bertentangan dengan prinsip hukum dan norma, kerana setiap persetujuan mesti ada tempoh semakan atau tempoh tamat dengan sendirinya setelah perjanjian itu berjalan selama 30 tahun”.

Wahai pemimpin bangsa dan umat Islam…
  • Bagaimanakah kamu menilai bangsa dan wilayahnya yang sedang diceroboh?
  • Bagaimana kamu membenarkan tindakan musuh, sedangkan mereka mengotori tempat-tempat suci kamu?
  • Apakah ada perubahan pada Netanyahu ketika mengumumkan dengan penuh keangkuhan Masjid Ibrahimi sebagai sebahagian warisan Yahudi, bekerja keras untuk menghancurkan Al-Aqsa dan menodai Tanah Suci dengan membina kuil yang didakwa telah musnah satu ketika dahulu – yang merupakan puncak pembangunan lebih daripada 61 rumah ibadat Yahudi yang lain – , menghalang orang-orang Islam yang ingin menunaikan solat dari memasuki masjid Al-Aqsa dan membunuhi rakyat Palestin dengan peluru hidup? Baru-baru ini beliau menyatakan: “bahwa pembangunan di Al-Quds sama seperti pembangunan di Tel Aviv, kerana Al-Quds adalah ibunegara Israel.”
  • Adakah perubahan pada Obama ketika meluahkan kata-kata manisnya – di ibunegeri kita – untuk mengirim lebih ramai tentara AS di Afghanistan. Bahkan semasa kunjungan yang terakhir beliau merestui untuk mengekalkan pencerobohan, memberikan bantuan berbentuk kebendaan dan moral kepada Yahudi dan secara terang-terangan menyokong dan membantu aktiviti penindasan dan kerosakan di dunia Arab dan dunia Islam?
Akhirnya ..
Ini adalah peringatan dan doa daripada Rasulullah saw kepada setiap pemimpin yang mengenepikan prinsip keadilan dan kebenaran, gemar memilih kezaliman dan penindasan terhadap rakyatnya yang kami lihat melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya, bersikap keras terhadap orang-orang beriman dan para mujahidin sedangkan mereka berlembut dengan para musuh Zionis dan mata-mata mereka.
Doa Nabi saw adalah:
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهِمْ فَشُقَّ عَلَيْهِ
“Ya Allah, barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu lembut dan berkasih sayang maka berilah kasih sayang kepadanya, dan barangsiapa yang menjadi pemimpin dari umatku lalu melakukan perpecahan maka pecahkanlah atasnya” (Musnad Ahmad) doa ini pasti dimakbulkan Allah. Insya Allah.

- Mengapa kamu mesti bacul bila berhadapan pencabulan Zionis dan kekuasaan AS dengan dalih kepentingan?
- Mengapa terjadi persengketaan antara kamu dengan bangsa dan rakyat kamu serta kepentingan negara kamu yang mengancam keamanan negara dan melenyapkan kedaulatan kita?
- Mengapa kamu tidak melindungi pasukan pejuang semasa berhadapan musuh penceroboh, padahal mereka sedikitpun tidak menentang kamu atau menentang pemerintahan kamu?
- Mengapa kamu tidak bersatu untuk melawan musuh Zionis dan mengumumkan dengan kekuatan yang kamu miliki: Tidak ada jalan untuk menyerah atas nama rundingan?
- Mengapa kamu tidak memberikan dorongan kepada rakyat dan bangsa kamu serta badan bantuan sosial – untuk menolong pasukan pejuang – dalam mengiatkan dan meneruskan misinya?
Ya Allah aku telah menyampaikannya, ya Allah saksikanlah.
Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=62755&SecID=213.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan