Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika kamu mula memegang ekor sapi(bercucuk tanam),mula mengambil riba perniagaan dan meninggalkan Jihad dijalan Allah,maka Allah SWT akan memakaikan kamu seutas rantai kehinaan ini tidak akan terputus sehingga kamu kembali kepangkal jalan (berJihad di jalanNya) dan bertaubat kepada Allah SWT..(al-Fathu Rabbani,Musnad Ahmad as-Syibani 22-24)
Untuk memahami Hadith ini dengan lebih terperinci lagi,tidak diperlukan rujukan-rujukan lain sebabnya ianya sudah jelas bahawa walaupun umat Islam, sudah mendapat kemerdekaan namun masih lagi dibawah "belenggu" penjajah dan selagi mana masih tidak bertaubat dan terus meninggalkan JIHAD serta masih tidak membuang tabiat mengambil Riba,maka selagi itulah rantai kehinaan hamba penjajahan akan terus berada dileher sehingga ia merasa bangga bila dapat 'mencium' kaki-kaki penjajah dan berseronok dengan apa yang mereka berikan.
Kehinaan ciptaan sendiri dengan membelakangi Allah dan Rasulnya.
BalasPadam