Sabtu, 12 Jun 2010

PERISTIWA BESAR DUNIA


Abu Hurairah r.a meriwayatkan,Rasulullah Saw bersabda,"Allah mengutuskan kepada umat ini setiap 100 tahun seseorang yang akan memperbaharui agama ini".(Hadith Riwayat Abu Daud didalam kitab al-Malahim(4291),ia juga diriwayat oleh al-Hakim dan disahkan olehnya).
Berpandu kepada hadith diatas kita tak boleh lupa didalam perkiraan dengan mengikut perkiraan Hijrah untuk mengurangkan 13 tatun kerana ia adalah jangka masa dakwah Nabi Muhammad Saw di Mekah agar kita dapat kembali kesaat-saat permulaan diutuskannya Baginda Nabi Muhammad Saw kepada manusia,dengan ini kita dapati berada diawal abad sekitar 10-15 tahun tidak lebih dari itu.
Namun,adakah kedatangan al-Imam al-Mahdi menuju Jerusalem(al-Quds) adalah salah satu tanda kedatangan al-Mahdi?
Jawapannya adalah Ya.
Dalam sebuah riwayat at-Tirmizi,yang dibenarkan oleh al-Hadhrami,termuat sebuah nas yang dengan jelas menyatakan bahawa kota al-Quds(Jerusalem) merupakan bara api kejahatan dalam hati seluruh umat Islam,tidak hanya orang-orang Arab,(dari Khurasan akan muncul bendera-bendera hitam,tidak ada yang menghalangnya,sampai ia tiba di Illiya:-nama salah satu kota di Jerusalem).
Manuskrip ibnu Hamad,Salah satu riwayatnya berbunyi,"Seorang Khalifah akan turun,memenuhi bumi dengan keadilan,membangun Bait al-Maqdis dengan binaan yang belum pernah digunakan sebelumnya".
Didalam ramalan Sayidina al-Imam Ali Kaw tertulis,
"Khabarkanlah kepada penduduk Mesir bahawa mereka akan memasuki Kota Jerusalem.Ini janji kepada mereka.sementara itu,pemimpin Mesir sedang mempersiapkan kekuasaan untuk Sayidina al-Mahdi r.a.Sesungguhnya akan terjadi kekacauan-kekacauan besar,kelompok-kelompok yang sling membunuh,fitnah-fitnah yang merosakkan rumah-rumah dan tahta-tahta yang berpindah dari tempatnya),-Sungguh menghairankan perkaramu wahai penduduk Mesir,Tuhan menyatukan kembali perpecahan kamu semua,memenuhi janji-janjimu,menjadikan orang-orang yang miskin dari kalangan kamu menjadi kaya,melunaskan hutang orang yang berhutang diantara kamu dan memperbaiki keadaanmu selama kamu masih berpegang teguh dijalan Allah.
Sesungguhnya, akan terjadi fitnah di Palestine,ia berlaku berkali-kali disetiap negeri-negeri seperti datangnya air kekampung.Hati negeri Mesir sentiasa bersama orang yang diZalimi dan tangan-tangan mereka terbelenggu.Sampai datang pemimpin Mesir tersebut dan mempersiapkan kekuasaan kepada Sayidina al-Mahdi r.a di kota Jerusalem".
Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim,at-Tirmizi dan al-Imam Ahmad bahawa Rasulullah Saw bersbda,
"Hari kiamat tidak akan bangkit sebelum orang-orang Muslim memerangi orang Yahudi,dan orang-orang Muslim akan membunuh semuanya,walaupun mereka bersembuyi dibelakang pokok-pokok dan batu-batu.Pokok-pokok dan batu-batu itu akan berkata,"Wahai Muslim, inilah orang yahudi ada dibelakangku,datanglah kesini dan bunuhlah dia".(Kecuali pokok al-Gharqad-Pokok yahudi-*
kitab at-Taj al-Jami' lil-usul,jilid 5 M/S356.


Selasa, 8 Jun 2010

KEGANASAN BARAT TERHADAP UMAT ISLAM

     Dari Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika kamu mula memegang ekor sapi(bercucuk tanam),mula mengambil riba perniagaan dan meninggalkan Jihad dijalan Allah,maka Allah SWT akan memakaikan kamu seutas rantai kehinaan ini tidak akan terputus sehingga kamu kembali kepangkal jalan (berJihad di jalanNya) dan bertaubat kepada Allah SWT..(al-Fathu Rabbani,Musnad Ahmad as-Syibani 22-24)
     Untuk memahami Hadith ini dengan lebih terperinci lagi,tidak diperlukan rujukan-rujukan lain sebabnya ianya sudah jelas bahawa walaupun umat Islam, sudah mendapat kemerdekaan namun masih lagi dibawah "belenggu" penjajah dan selagi mana masih tidak bertaubat dan terus meninggalkan JIHAD serta masih tidak membuang tabiat mengambil Riba,maka selagi itulah rantai kehinaan hamba penjajahan akan terus berada dileher sehingga ia merasa bangga bila dapat 'mencium' kaki-kaki penjajah dan berseronok dengan apa yang mereka berikan.

Isnin, 7 Jun 2010

STRATEGI ZIONISME UNTUK MENGUASAI BAITULMAQDIS DAN PALESTIN

KONSPIRASI bangsa yahudi untuk menguasai Baitulmaqdis dan Palestin telah dicapai  melalui strategi-strategi berikut:
Strategi 1:
Menggulingkan Sultan Abdul Hamid dan menjatuhkan Empayar Islam Othmaniyyah. 
(1516-1918)
Bahagian 1: Usaha-usaha Zionis bagi mendapatkan Palestin,adalah satu isu yang penting kerana dalam tempoh ini menyaksikan kelahiran dua gerakan, iaitu gerakan Zionis sebagai gerakan politik dan gerakan Kesatuan dan Pembangunan yang bersifat gerakan politk-tentera :-merupakan unsur yang berkesan dalam menentukan masa depan Palestin.
     Dimana gerakan Zionis(Politik) merancang untuk menguasai Palestin manakala gerakan Kesatuan dan Pembangunan pula membantu gerakan Zionis mencapai impian mereka..Gerakan Zionis yang dipimpin oleh Theodore Hertzel , mengutamakan dan memilih Palestin berbanding negara-negara yang lain kerana Palestin dianggap sebagai 'bumi yang dijanjikan Tuhan' walaupun sebahagian besar daripada bangsa Yahudi menentang idea penubuhan negara Kebangsaan Israel samaada diPalestin ataupun dinegara lain.Untuk tujuan tersebut,diantara tahun 1896-1904,Hertzel telah menjelajahi Eropah dan Empayar Islam Othmaniyyah,menjalankan usaha rundingan bagi menyakinkan mereka tentang kepentingan mendirikan negara bangsa Yahudi dipelastin daripada sudut tamadun,politik dan ekonomi.(Sultan abd.Hamid telah menolak idea penubuhan )
Bahagian 2: Konspirasi Menggulingkan Sultan Abdul Hamid:- Pemberontakkan dalaman terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid samaada yang dibuat oleh bangsa Turki atau kaum lain(yahudi ,Pertubuhan Freemason dan Donma salanik) yang didalangi oleh Zionisme dan kuasa-kuasa Eropah.
Resolusi pada persidangan kali kedua pada tahun 1907 :-
1. Memaksa Sultan Abdul Hamid turun daripada tahta
2. Menukar sistem negara hingga keakar umbi
3. Membentuk sistem musyawarah.
Strategi 2:
Memecahbelahkan wilayah Empayar Islam Othmaniyyah berselindungkan seruan Revolusi Arab untuk memecah kesatuan umat Islam(Rule and Divide).
Strategi 3:
Melaksanakan proses mengyahudikan Baitulmaqdis;proses menghilangkan persekitaran Islam dan Kristian.
1. Penempatan dan kependudukan:-pada 1948,bangsa yahudi hanya memiliki 18 peratus daripada tanah palestin.
2. Politik dan pentadbiran ;-usaha dan perancangan awal untuk menguasai Baitululmaqdis,diantara tahun 1948-1967,berbekalkan Deklarasi Balfour.
3. Bangunan dan kemudahan awam.
4. Undang-undang dan peraturan.
5. Sejarah dan kebudayaan.
Strategi 4:
Meminta ketetapan antarabangsa yang mengiktiraf negara kebangsaan Yahudi diPalestin :-pada 24 julai 1922,majlis umum PBB mengiktiraf mandat Britain keatas Palestin.
Strategi 5:
Mewar-warkan dakwaan bangsa yahudi daripada sudut agama dan sejarah terhadap hak-hak mereka keatas Palestin dan Baitulmaqdis.
Strategi 6:
Mempergunakan keganasan,harta dan wanita sebagai senjata mengikut keadaan
Strategi 7:
Membentuk kumpulan-kumpulan militan untuk melakukan konspirasi yang menyebarkan fitnah dan ketegangan.(Argon di Jordan dan selatan Lebanon,Irgun Zwei Leumii di Britain,Abraham Stern menyerang Britain dan Arab  dengan serentak dan Lohmey Heruth Israil di Germany) 
Strategi 8:
Mengeksploitasi medai massa.
Faedah yang didapat oleh zionis disebalik pengurusan Media massa;
1.menimbulkan rasa berpuak-puak
2.memperelokkan imej bangsa Yahudi yang buruk
3.menyebarkan kerosakan
4.menguasai fikiran manusia
5.menyemarakkan api permusuhan dan perpecahan antara kaum dan rasa syak wasangka antara pemerintah dan rakyat.
6.menyelewengkan sejarah Islam,melalui surat khabar dan majallah(penulisan),filem dan pawagam dan television ,radio(NBC,ABC danCBS) dan agensi berita(Reuter,Associate Press dan united Press).
*bilangan satelite yang terdapat diseluruh dunia adalah hampir 525 buah satelite dan satlite milik negara Arab hanyalah 51 buah manakala selebihnya........
Strategi 9:
Membentuk kelab-kelab Freemason dan kumpulan-kumpulan rahsia(underground)
Strategi 10:
Mendirikan kerajaan antarabangsa untuk memerintah seluruh dunia demi kemaslahatan Zionis.