Isnin, 3 Mei 2010

KEKEJAMAN MELAMPAU...

     Peristiwa ini berlaku akibat kekejaman melampau yang dilakukan oleh tentera Zionis dan gerila-gerila Yahudi dikampung Abu Kabir, Dir Yassin, Abu Syasyah, Al-Lad,  'Albiyyun dan As-Syeikh.
     Pada <31 Mac 1948>, kumpulan Militan dan pengganas Yahudi yang dikenali sebagai  Hajnah  membunuh semua penduduk Kampung Abu Kabir yang cuba melarikan diri
     Pada <9 April> pula, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin,Perdana Menteri Israel-1977-1983 yang bertanggungjawab membunuh 250 orang Islam di Dir Yassin pada 9/4/1948, 100 daripada mereka ada lah Wanita (dizaman nya juga berlaku pembunuhan kejam umat Islam di Sabra dan Syatila-1982).Penuduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak dihadapan penduduk Yahudi untuk di lontarkan dengan batu.
     Tanggal <14 Mei 1948>, hari British mengakhiri penjajahannya keatas Bumi PALESTINE, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel keatas 50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka dengan kapak.
     Tarikh <11 Julai 1948> menyaksikan keganasan yang lebih menyayat hati. Komando Yahudi diketuai oleh Moshe Dayan menyerang Kampung Al-Lad. Umat Islam lari menyelamatkan diri didalam Mesjid, namun mereka telah dikepong dan dibunuh disitu.
     Seramai 176 orang dibunuh di Mesjid berkenaan menjadikan jumlah kesemuanya yang terbunuh dalam peristiwa berkenaan seramai 426 orang. Mereka yang masih dihalau keluar daripada kampung halaman mereka.Sebahagian daripada mereka meninggal dunia dipertengahan jalan kerana kelaparan.
     Pada <29 October> pulaberlaku pembunuhan kejam tentera Israel di  'Albiyyun. Semua penduduk diarah berkumpul disebuah kawasan lapang, mereka kemudiannya ditembak dari semua arah.

     Pada hari terakhir tahun berkenaan<31/12/1948> kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang dan membunuh 60 penduduk Islam di Kampung As-syeikh, kebanyakkan mereka di bunuh didalam rumah sendiri
     Peristiwa yang menyaksikan penyembelihan ribuan umat Islam ,ini menjadikan Syeikh Yassin yang ketika itu baru berusia 12 tahun, bertekad bahawa rakyat Palestin mesti dibekalkan dengan senjata.Mereka berhak memiliki senjata untuk mempertahankan diri.
     Ketika tentera kerajaan-kerajaan Arab datang untuk memerangi Yahudi pada,<15/5/1948>,mereka telah bertindak melucutkan senjata umat Islam dengan alasan untuk menyelaraskan peperangan supaya yang bertempur hanyalah tentera negara Arab dengan tentera Israel. Rakyat tidak perlu masuk campur.
     Bahkan,pasukan Ikhwanul Muslimin yang amat turut sama membantu tentera kerajaan untuk menentang pengganas Yahudi,akhirnya diarah pulang ke negara masing-masing.Apabila mereka tiba di negara masing-masing,mereka ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjarakan.Bahkan pemimpin utama mereka,Hasan Al Banna ditembak mati di kaherah.
      Syeikh Yasin pernah berkata,"Tentera kerajaan negara-negara arab yang datang untuk memerangi Israel<1948> telah melucutkan senjata yang ada pada tangan kami dengan hujah bahawa tidak perlu wujud kekuatan lain selain kekuatan tentera,maka peristiwa ini telah merubah nasib kami.Apabila mereka(tentera Arab) kalah,maka kami juga turut kalah.Dengan itu gerila Zionis bebas melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan.....Kalaulah senjata masih di tangan kami,nescaya perjalanan peristiwa ini akan berubah!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan