Kaum Yahudi berasal dari keturunan yang sangat mulia .Mereka
adalah anak cucu Nabi Yusuf , Yaakub dan Ishak.Nabi Ishak pula adalah anak
kepada Nabi Ibrahim AS dan saudara kepada Nabi Ismail AS.
Keturunan
Nabi Ismail melahirkan generasi yang dikenali sebagai bangsa Arab, manakala
keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Bani Israel adalah bersaudara
kerana mereka berasal dari satu keturunan , iaitu keturunan Ibrahim.
Keturunan2
Nabi Ishak dimuliakan Allah dengan diutuskan ratusan para nabi dan rasul. Adapun
keturunan Nabi Ismail pula dimuliakan Allah dengan kelahiran manusia paling
mulia, kekasih Allah ,penghulu dan penyudah segala rasul , iaitu Nabi Muhammad SAW.
Namun apa
yang nyata , mereka tidak mengiktiraf Nabi Ismail dan keturunannya sebagai
saudara mereka. Apabila mengetahui Nabi yang terakhir diutus oleh Allah muncul
dari keturunan ini, mereka merasa marah, sombong ,angkuh dan bongkak.
Mereka
tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana beranggapan hanya bangsa
Yahudi sahaja yang layak menerima kerasulan. Mereka mempertikaikan keputusan
Allah melantik rasul dikalangan bangsa Arab. Justeru, sejak kemunculan Nabi
Muhammad SAW, hingga kehari ini, mereka terus menerus menentang umat Islam.
` Didalam
Al-Quranul-Karim, Allah mendedahkan bahawa mereka sebenarnya mengenali ‘MUHAMMAD’ dan tanda kerasulannya
melebihi seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Walaupun
mereka tahu kebenaran umat Islam ,namun kesombongan dan keangkuhan menjadi
mereka orang-orang yang kufur.
Sebenarnya
, penolakan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai rasul bukanlah disebabkan
baginda berbangsa Arab .Itu hanyalah alas an yang mereka sengaja reka dan
cipta.
Hakikatnya,
mereka sememangnya suka menentang para nabi dan rasul .Sejarah membuktikan
sekiranya Nabi Muhammad SAW diutuskan dikalangan bangsa Yahudi sekalipun ,
mereka tetap tidak akan beriman dan mereka pasti akan mencari alasan ,helah dan
dalih yang lain pula.
Sebelum
daripada kemunculan Nabi Muhammad SAW , mereka
telah pun menolak kerasulan Nabi Isa AS sedangkan baginda adalah
daripada keturunan yang sama dengan mereka (Yahudi). Bahkan Allah membekalkan
pelbagai mukjizat kepada baginda bagi membuktikan kebenaran apa yang dibawa.
Namun
daripada beribu-ribu jumlah orang Yahudi pada ketika itu, hanya 12 orang sahaja
yang sanggup menjadi penyokong dan pembela Nabi Isa (Hawariyyun) , yang lain
tetap menolak Nabi Isa. Bahkan mereka mencuba untuk membunuh dan menyalib
baginda. Namun Allah menyelamatkan Nabi Isa, lantas diangkatnya baginda ke
langit.
Sebelum
Nabi Isa, mereka juga menentang Nabi Zakaria yang memelihara ibu Nabi Isa, Maryam.
Mereka menuduh dan memfitnah Maryam sebagai perempuan jalang. Mereka menghalau
Maryam yang beribadat di Masjidil Aqsa dan akhirnya mereka membunuh Nabi
Zakaria.
Mereka juga
pernah menolak nabi-nabi yang lain. Kedegilan dan keangkuhan mereka ada kalanya
menyebabkan Allah mengutus lebih dari seorang rasul kepada mereka.
Sejarah
juga turut mencatat perangai buruk mereka yang berdolak-dalik dalam soal
keimanan.Di zaman Nabi Musa AS,setelah mereka diselamatkan daripada ancaman
Firaun, mereka patuh dan beriman kepada Nabi Musa. Namun beberapa ketika
kemudian, mereka mula ingkar dan kufur. Mereka membuat patung anak lembu dan
menyembahnya sedangkan diwaktu itu Nabi Harun ada bersama mereka.
Keingkaran
mereka menyebabkan Allah menghukum mereka dengan berbagai-bagai cara. Mereka
diperintahkan supaya bertaubat dengan cara membunuh diri masing-masing. Diwaktu
yang lain Allah menghukum dengan disesatkan mereka selama 40 tahun disebuah
padang pasir yang panas dan luas yang dikenali sebagai Padang Tih.
Firman
Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 61 :
ErtiNya: “Dan mereka
ditimpakan kehinaan dan kepapaan. Dan sudah sepatutnya mereka mendapat
kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu adalah disebabkan mereka kufur
(mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat yang
memembuktikan kebesaranNya) dan (disebabkan) mereka membunuh para nabi tanpa
alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan
mereka pula sentiasa menceroboh.”
Sejarah juga merakamkan pelbagai
bala dan bencana yang menimpa mereka.
Pada tahun
586 sebelum masihi, ketika mereka sudah mula menjauhkan diri daripada mengikuti
ajaran yang terkandung didalam kitab Taurat, mereka dibalakan dengan serangan
tentera pengganas pimpinan Bukhtansar
Al-Kaldani. Baitul Maqdis
dirosakkan. Kitab Taurat dimusnahkan.
Pada tahun
70 masihi pula ,mereka sekali lagi diserang dan dimusnahkan. Tentera Titos
Romani bukan sekadar melakukan pembunuhan keatas bangsa Yahudi, bahkan mereka
meroboh Masjidil Aqsa *,rumah ibadat kedua dibina diatas muka bumi, iaitu 40
tahun selepas pembinaan Masjidil Haram.
(*Hari ini mereka cuba
meruntuhkan Masjidil Aqsa dengan membina terowong bawah tanah. Dengan meruntuh
Masjidil Aqsa mereka berharap dapat membina kembali bangunan yang dirobohkan oleh Titos hamper 2000 tahun yang
lalu. Bangunan berkenaan mereka tidak namakan sebagai Masjidil Aqsa ,tetapi
dinamakan sebagai Haikal Sulaiman).
Kaum Yahudi
yang masih hidup dihalau keluar daripada Baitul Maqdis dan mereka melarikan
diri ke Negeri Babil (Babilon\Iraq)
Dimana
sahaja mereka tinggal, biasanya modus operandinya sama untuk mereka dihalau
dari situ. Ketika sebahagian mereka tinggal diMadinah, mereka cuba
melaga-lagakan Aus dan Khazraj supaya bergaduh dan berperang. Mereka mengenakan
riba kepada orang-orang Arab yang berhutang.
Mereka
mengkhianati penjanjian keamanan yang dimeterai dengan baginda Nabi Muhammad
SAW, selaku ketua Negara. Mereka menyakiti umat Islam dan bekerjasama dengan
kaum musyrikin untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Akibatnya,
sebahagian mereka dihukum bunuh dan sebahagian yang lain pula dihalau keluar
daripada Madinah .Mereka berpindah ke Khaibar.
Dari
Khaibar ,mereka cuba mengatur strategi dan mengumpulkan kekuatan untuk
menyerang Muhammad dan umat Islam.Akibatnya sekali lagi mereka diperangi oleh
Rasulullah SAW dan sekali lagi mereka terpaksa melarikan diri.
Ada
diantara mereka cuba melarikan diri ke Palestine, namun pemerintah Kristian di
Palestine tidak membenarkan mereka tinggal di Baitul Maqdis kerana pada mereka,
bangsa ini tidak boleh dipercayai . Orang-orang Kristian amat tidak mempercayai
bangsa Yahudi sehinggakan ketika Saidina Umar mengambil alih pemerintahan
Baitul Maqdis pada tahun 15 H, orang-orang Kristian meminta Syaidina Umar
supaya tidak membenarkan orang Yahudi tinggal disitu.
Orang-orang
Yahudi cuba mencari penempatan baru di Eropah. Mereka menjadi pelarian di
Russia , Italy , Sepanyol , German dan lain-lain Negara Eropah. Seperti biasa ,
apabila tiggal di Eropah , akhlak buruk mereka sangat tidak disukai oleh
penduduk setempat. Ini mengakibatkan mereka terpaksa mengalami satu lagi sejarah
hitam iaitu pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Adolf Hitler.
Negara-negara
Eropah yang lain pula , terutamanya Britian cuba menyingkirkan bangsa Yahudi
dari Negara masing-masing. Mereka berusaha menwujudkan satu Negara secara paksa
untuk menjadikan tempat pengasingan bangsa Yahudi supaya bangsa itu tidak lagi
menjadi beban kepada mereka.
Setelah
dikaji ,dan ditinjau , mereka mendapati , Palestine adalah tempat yang paling
sesuai. Justeru , mereka cuba melobi untuk menubuhkan sebuah Negara Israel bagi
bangsa Yahudi di Palestine.
Pengalaman
dihalau keserata dunia di sepanjang sejarah kewujudan mereka , menjadikan
mereka sangat benci kepada semua bangsa didunia terutamanya bangsa Arab .
Mereka menganggap hanya bangsa mereka sahaja yang mulia . Bangsa-bangsa lain
tiada nilai disisi mereka.
Kitab
Talmud yang menjadi rujukan utama bagi bangsa Yahudi , mencatat bahawa semua
bangsa lain adalah ibarat anjing , yang
boleh dibunuh sesuka hati . Antara yang tercatat didalam Talmud :
·
“Robohkan semua yang terdiri tegak , kotorkan
semua yang bersih , bakar semua yang hijau , supaya kaum Yahudi dapat manfaat…”
·
“Bunuh sesiapa sahaja yang kamu mampu selain
Yahudi.”
·
“Laknatlah semua ketua agama-agama selain Yahudi
tiga kali sehari.”
Didalam Protokol Yahudi pula
dicatatkan:
·
“Sesungguhnya Juwaim (bangsa selain Yahudi )
diciptakan oleh Allah untuk menjadi keldai kepada bangsa Allah yang terpilih
(Yahudi) .Setiap kali seekor keldai mati , kita akan tuggang keldai yang lain.”
Selain benci kepada Islam dan
Umatnya ,Yahudi juga benci kepada kaum Kristian. Didalam Protokol nya,
disebutkan , “Kita akan cabut pemikiran mengenai Allah didalam pemikiran
orang-orang Kristian.”
Mereka cuba
menghapuskan penguasaan gereja keatas Negara-negara Eropah dengan melancarkan
Revolusi Perancis pada 1789M . Revolusi yang menjadikan Perancis sebagai medan
pertanian dan perindustrian bangsa
Yahudi. Slogan mereka ketika itu ialah “
Tiada tuhan , kehidupan adalah matlamat.
Agama adalah candu masyarakat.” Kata-kata ini adalah petikan ucapan Vladimir
Lenin , seorang pemimpin Komunis yang berketurunan Yahudi .
Kewujudan
kaum Yahudi di Barat benar-benar tidak disukai oleh kerajaan Negara-negara
Eropah . Yahudi bersikap oportunis dan sering mengambil kesempatan untuk menguasai
sekonomi dan politik Barat.
Pemimpin-pemimpin
Barat melihat bahawa orang-orang Yahudi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan
.Mereka berpengalaman menghadapi tekanan dan penyeksaan . Setiap kali mereka
terlepas dari tekanan berkenaan , mereka kembali membuat kekacauan.
Justeru ,
pemimpin-pemimpin Barat melihat tiada jalan lain untuk mengatasi masalah
kebanjiran orang-orang Yahudi di Eropah melainkan dengan menghalau mereka
secara terhormat ke Palestine. Dengan penghijrahan orang-orang Yahudi kesana ,
Barat bukan sahaja lebih selesa daripada perangai buruk kaum tersebut , bahkan
mereka mendapat keuntungan dengan jatuhnya pemerintahan Islam di Palestine dan
tempat-tempat lain .
Dengan
melakukan pelbagai penipuan dan perancangan jahat , Khalifah Othmaniyyah yang
menjdi pelindung utama kepada kedaulatan Palestine sebagai Negara Islam
ditumbangkan.
Penghijrahan
orang-orang Yahudi ke Palestine diatur dengan begitu teliti dan mendapat
kerjasama daripada Britian dan Amerika Syarikat . Russia juga turut memberikan
sumbangan kepada penubuhan Negara Israel di Palestine .
Pada Tahun
1920 ,Moskow menghantar Vladimir Jabotinsky (rakyat Russia berbangsa Yahudi) ke
Palestine untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pemuda-pemuda Yahudi
.Semakin hari , kedudukan Yahudi di Palestine semakin kukuh . Mereka mendapat
sokongan moral dan material serta persenjataan secara langsung daripada
Amerika dan British .Akhirnya Negara haram
Israel ditubuhkan diatas bumi Palestine dengan restu daripada British ,Amerika
dan PBB .
Setelah Berjaya
menubuhkan kerajaannya sendiri , gerakan Zionis yang menerajui pemerintahan
kerajaan haram itu cuba menceroboh tanah orang-orang Islam sedikit demi sedikit
.Umat Islam di Palestine terpaksa merempat dan menjadi pelarian dinegara
sendiri .Mereka yang berkesempatan meninggalkan Palestine tidak berpeluang
untuk kembali membina kehidupan ditanah tumpah darah mereka . Hak mereka
dinafikan , rumah mereka diroboh . Wanita diperkosa , kanak-kanak didera , orang
tua diperhina dan inilah yang berlaku saban hari .
Atas
kepentingan bangsa dan semangat assabiyyah kebangsaan ,Negara-negara Arab
sekitar seperti Mesir ,Iraq ,Lubnan , Syria , dan Jordan cuba campur tangan bagi membantu
sahabat-sahabat mereka yang tertindas di Palestine . Maka berlakulah beberapa
siri peperangan diantara Israel dan Negara –negara Arab seperti peperangan
tahun 1948 ,1956 ,1967 ,dan 1973 .
Setiap kali
peperangan ,apabila cahaya kemenangan mula menyerlah ,Negara-negara Arab
menerima penjanjian damai dengan Israel .Paling menjijikkan , setelah Mesir
mencapai kemenangan gilang gemilang dalam peperangan 6 Oktober 1973 di
semananjung Sinai , rakyat mengharap perjuangan diteruskan sehingga Palestine
seluruhnya dimederkakan daripada penjajahan Israel.
Namun apa
yang berlaku , Presiden Mesir ,Anwar Sadat telah mengadakan penjanjian damai
dengan Israel di Camp David . Sadat juga
menjadi pemimpin Arab pertama mengadakan lawatan rasmi ke Israel . Kemarahan
rakyat Mesir tidak dapat di bending dan akhirnya , Sadat tersungkur menyembah
bumi akibat ditembak oleh tenteranya sendiri dalam majlis sambutan memperingati
peristiwa peperangan 6 Oktober.
Kedunguan Negara-negara
Arab diambil kesempatan oleh Israel untuk terus memperluaskan penguasaannya
keatas bumi Palestine . Kali ini mereka bukan sekadar mahu melihat seluruh
Palestine diperintah oleh mereka , bahkan mereka mahu menubuhkan sebuah
kerajaan yang dikenali sebagai ISRAEL
RAYA ; yang menliputi semua kawasan yang mereka dakwa pernah didiami oleh Nabi Daud (David) iaitu dari
sekitar Sungai Nil di Barat hingga ke Sungai Furat di Iraq dan daripada Selatan
Turki dan diutara hingga ke Madinah Al-Munawwarah di selatan.
Untuk
memenuhi impian ini , mereka perlu menghapuskan semua pihak yang menghalang .
Penghalang utama cita-cita mereka ini tidak lain dan tidak bukan , ialah pejuang-pejuang Islam ; yang tidak gerun
dan takut kepada pejuang-pejuang
nasionalis Arab . Mereka tahu pejuang-pejuang berkenaan boleh dibeli dengan
wang ringgit seperti yang berlaku kepada Sadat dan rakan-rakannya.
Tetapi
terhadap pendokong Gerakan Islam , mereka amat takut dan gerun . Mereka tahu
bahawa pejuang-pejuang Islam di Palestine dan di seluruh dunia tidak boleh
dihapuskan dengan habuan keduniaan. Kerana tiada yang mereka harapkan kecuali menang atau mati syahid .
Israel
tidak ada jalan lain untuk mengekang Gerakan Islam daripada masyarakat melainkan dengan membunuh
pemimpin-pemimpinnya . Diluar Negara ,tugas ini diserahkan kepada US ,Britain dan
sekutu-kutu mereka . Manakala di Palestine pula tentera Zionis akan bertindak .
Sejak
pertengahan tahun 2002 , mereka mula melancarkan serangan peluru berpandu
keatas pemimpin-pemimpin HAMAS ,Ketua Turus Angkatan bersenjata Kata’ib
Izzuddin Al-Qassam ,Syeikh Salah Syahadah antara mangsa pertama .Beliau dibunuh
bersama dengan 17 ahli keluarganya di Hayyud Durji ,Ghazzah.
Ia dituruti
pula oleh Syeikh Abu Hunud ,salah seorang pengasas HAMAS .Dan kini giliran
Syeikh Ahmad Yasin dan Dr.Abd. Aziz Ar-Rantisi. Pembunuh kedua-dua tokoh ini
tidak akan menghentikan operasi mereka terhadap umat Islam Palestine.
Mereka mahu
bumi Palestine bebas dari bangsa Arab dan Umat Islam. Setelah berlaku penghapus
etnik paling besar ini ,barulah mereka senang dan puas . Kebencian ,dendam
kesumat dan segala macam perasaan buruk menjadikan mereka begitu kejam kepada
seluruh bangsa Arab di Palestine tanpa mengira yang beragama Islam mahupun yang
beragama Christian.
Fenomena
ini menjadi kita merasa insaf bahawa tiada jalan penyelesaian untuk meredakan
keganasan Israel , selain daripada tindakan ketenteraan dari seluruh Negara Umat
Islam . Tindakan ketenteraan ini perlu dilakukan atas nama KERAJAAN UMAT ISLAM bagi menggerunkan musuh-musuh Islam ini.
Negara-negara
Umat Islam ,khususnya yang menganggotai OIC
sepatutnya bersatu tenaga
dan fikrah dalam menentang regim Zionis Israel dibumi Palestin .Mereka
sepatutnya menghentikan persidangan yang hanya membuat keputusan untuk ,’menggesa US supaya bertindak tegas
terhadap Israel’.
Cukuplah pergantungan mereka kepada Amerika
! Binalah satu rangkaian baru yang tidak perlu melutut kepada Amerika untuk
membuat sesuatu keputusan .Amerika bukan
sebuah Negara yang kuat jika tiada sokongan daripada Negara-negara Umat Islam.
Negara-negara umat Islam
memiliki segala-segalanya .Mereka mempunyai kekuatan ekonomi ,pertanian
,persenjataan ,tanah yang luas , perairan yang strategic dan sebagainya
.Malangnya segala kekuatan yang ada pada mereka di sia-siakan begitu sahaja.